ITALY: Pasukan Serie A akan dibenar kembali mengadakan latihan secara individu pada 4 Mei dan latihan berpasukan pada 18 Mei selepas perdana menteri Italy mengumumkan langkah-langkah pertama untuk menarik perintah berkurung koronavirus negara itu.

Ini menimbulkan harapan jadual perlawanan Serie A mungkin akan disambung semula antara 27 Mei dengan 2 Jun - dengan tarikh akhir musim awal Ogos.