Premium
Kelab SPL diizin sambung semula latihan
Sep 1, 2020 | 5:30 AM
-
KELAB-KELAB Liga Perdana Singapura (SPL) telah diberikan keizinan untuk menyambung semula sesi latihan penuh mulai hari ini (1 September), menurut satu kenyataan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) semalam.
Sejak 2 Jun lalu, apabila Singapura memasuki fasa kedua pembukaan semula bagi menangani penularan Covid-19, kelab-kelab SPL telah berlatih dalam kumpulan kecil lima pemain dan tiada kontak yang dibenarkan.

