Premium
Safuwan yakin Singa boleh tundukkan Taiwan
Jun 9, 2017 | 5:30 AM
BANTU PASUKAN CAPAI MATLAMAT: Safuwan Baharudin menjadi antara tunggak pasukan Singa yang akan mencuba mendapatkan mata penuh menentang Taiwan malam esok. - Foto fail THE STRAITS TIMES -
TUMPUAN perlu diberi sepenuhnya pada pertarungan getir menentang Taiwan dalam pusingan Kelayakan Piala Asia (ACQ) esok jika pasukan Singa ingin mencapai sasaran mereka dalam pertandingan itu, kata tunggak midfield Safuwan Baharudin
Keputusan seri 1-1 ketika perlawanan persahabatan dengan Myanmar malam kelmarin bukan suatu keputusan yang diharapkan, namun pasukan Singa tetap fokus pada matlamat mereka mahu mendapatkan tiga mata penuh di Stadium Jalan Besar esok.

