Kelayakan Piala Asia U23 2022 AFC: Singa Muda tundukkan Filipina 1-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelayakan Piala Asia U23 2022 AFC: Singa Muda tundukkan Filipina 1-0

Oct 28, 2021 | 10:19 PM

Kelayakan Piala Asia U23 2022 AFC: Singa Muda tundukkan Filipina 1-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain Singapura Ryhan Stewart (kiri) dan pemain Filipina Jethro Borlongan (kanan) bergelut dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia U23 AFC di Stadium Jalan Besar malam ini. - Foto ARIFFIN JAMAR
Pemain Singapura Ryhan Stewart (kiri) dan pemain Filipina Jethro Borlongan (kanan) bergelut dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia U23 AFC di Stadium Jalan Besar malam ini. - Foto ARIFFIN JAMAR -

SINGAPURA menemui rentak mereka dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U23) 2022 Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) apabila menewaskan Filipina 1-0 di Stadium Jalan Besar Khamis ini (28 Oktober).

Gol tunggal Glenn Kweh dalam babak kedua cukup untuk memberikan ketua jurulatih Singa Muda Nazri Nasir kemenangan sulungnya dalam kempen kelayakan ini.

Nazri membuat tiga perubahan pada kesebelasan utamanya selepas terikat 2-2 bersama Timor Leste Isnin lalu.

Danish Irfan, Zamani Zamri dan Khairin Nadim memulakan perlawanan malam ini, menggantikan Nur Adam Abdullah, Farhan Zulkifli dan Shah Shahiran.

Singapura memulakan perlawanan di depan seramai 984 penonton pada rentak yang baik, mencipta beberapa peluang jaringan.

Namun, Filipina yang memiliki peluang terbaik untuk mendahului kedudukan apabila pemain bek tengah Singapura Jordan Emaviwe cuai mengasari lawan dalam kotak penalti.

Filipina dihadiahkan penalti pada minit ke-22 tetapi tiang atas gawang menyelamatkan Singa Muda.

Nazri memasukkan Farhan dan Shah selepas waktu rehat, menggantikan Zamani dan Saifullah Akbar.

Singapura terus mencari gol pembukaan dalam babak kedua dan mereka tidak perlu tunggu lama ketika gol kedua penyerang Glenn Kweh dalam kempen kelayakan ini meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-51.

Benteng pertahanan Singa Muda kekal bertahan hingga ke wisel penamat untuk mencatat kemenangan yang layak malam ini.

Dalam perlawanan sebelum itu, juara bertahan Korea Selatan membelasah Timor-Leste 6-0.

Keputusan malam ini bermakna Korea Selatan menduduki puncak Kumpulan H, dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Ini diikuti dengan Singapura (empat mata) dan Timor Leste (satu mata).

Filipina tercorot di tangga terendah, tanpa mengutip sebarang mata.

Singapura seterusnya akan berdepan Korea Selatan Ahad ini, sementara Filipina menentang Timor Leste, dalam perlawanan terakhir kelayakan.

Hanya pemenang kumpulan dan empat pasukan naib juara terbaik daripada 11 kumpulan akan melayakkan diri ke kejohanan yang bakal diadakan di Uzbekistan Jun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg