KEKALAHAN 3-0 yang dialami anak didik Tatsuma Yoshida di Buraidah kelmarin mungkin mencerminkan jurang 103 tempat antara Singapura dengan Arab Saudi di ranking dunia.
Namun, pada 30 minit pertama dan bagi sebahagian tempoh perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Raja Abdullah itu, pasukan Singa menunjukkan bahawa ia mempunyai disiplin taktikal dan boleh menandingi seteru yang lebih besar dan secara keseluruhan memiliki keupayaan teknikal lebih tinggi.