Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Kemenangan akan beri rangsangan besar: Ilhan

Juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini boleh ditentutkan malam ini apabila dua pesaing utama bagi trofi rebutan itu, Albirex Niigata, yang mendahului liga dan Lion City Sailors di tempat kedua berentap di Stadium Jalan Besar. Kemenangan bagi Albirex akan menobatkan pasukan bergelar The White Swans sebagai juara musim 2022 dan ia akan membawa pulang trofi bagi kali kelima dalam tujuh tahun. Albirex kini mendahului Sailors dengan empat mata, dengan musim berbaki tiga perlawanan. Sailors pula, yang merupakan juara bertahan liga, perlu bangkit dari prestasi hambar kebelakangan ini untuk berjuang bermati-matian dan memastikan Albirex tidak mempunyai laluan mudah untuk merampas mahkotanya.
Oct 07, 2022 | 05:30 AM



MENJADI juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini akan menjadi perangsang besar bagi kerjayanya dalam bola sepak, kata penyerang remaja pasukan nasional, Ilhan Fandi.



Ilhan, 19 tahun, yang menyertai Albirex Niigata musim ini, kini berada di ambang menjadi juara SPL.



Pasukan The White Swans kini menghuni tangga teratas liga, empat mata di depan saingan terdekatnya, Lion City Sailors, yang juga merupakan juara bertahan.



Kemenangan ketika menentang Sailors malam ini di Stadium Jalan Besar akan menjamin kejuaraan kelima Albirex dalam tujuh tahun. Albirex pernah dinobat juara pada musim 2016 hingga 2018 dan 2020.



"Sejujurnya, saya tahu tentang potensi Albirex untuk menang SPL setiap tahun tapi ia adalah satu kejutan bahawa kami mempunyai peluang untuk menjadi juara tahun ini," kata Ilhan.



Anak lelaki ketiga legenda bola sepak negara Fandi Ahmad itu menyertai Albirex dari Young Lions pada April tahun ini, menandatangani kontrak sehingga akhir musim.



"Bagi saya, ia amat bermakna (untuk menang SPL) dan pastinya menjadi perangsang keyakinan untuk saya melangkah ke depan dan mendorong saya mencapai kejayaan yang lebih hebat pada masa akan datang," kongsi Ilhan.



Kejuaraan Albirex dalam SPL musim ini juga bermakna Ilhan menjadi yang pertama dalam adik-beradik bola sepaknya untuk menang liga domestik setempat.



Abangnya, Irfan dan Ikhsan, yang kini menyarung jersi kelab Thai BG Pathum, pernah beraksi untuk Young Lions dan Home United, yang sekarang dinamakan Lion City Sailors.



Menyifatkan pencapaian itu "hebat kerana dapat mengusik abang-abang saya", tetapi Ilhan menambah:



"Paling penting untuk saya bukanlah menjadi anak Fandi pertama (untuk menang liga). Ia tentang mendapatkan kembali gelaran itu kerana Albirex terlepas peluang tahun lalu."



Ilhan, yang memaparkan pretasi mantap di depan gawang - meledakkan 13 gol dalam 15 perlawanan liga untuk Albirex - akan berharap dapat menambah jumlah itu malam ini.



"Kami tidak mahu terbawa-bawa untuk fikir tentang menang liga. Kami ingin pastikan kami beri persembahan baik dan akan hanya menganggap perlawanan menentang Sailors seperti perlawanan lain," tambahnya.



Ketua jurulatih Albirex Kazuaki Yoshinaga mendakap mentaliti serupa menjelang pertembungan malam ini.



Pasukan asal Jepun itu belum lagi tumpas di tangan Sailors dalam tiga perlawanan liga musim ini.



"Tidak kira apa statistiknya pada masa lalu. Tidak kira siapa yang kami lawan. Kami sentiasa bersedia untuk pergi ke padang dengan yakin dan memberikan yang terbaik, tidak kira siapa lawan," jelas warga Jepun itu, yang sudah dua kali membimbing Albirex merangkul kejuaraan pada 2017 dan 2018.



Albirex tidak mempunyai persiapan musim yang diharapkan kerana tidak dapat membawa masuk pemain Jepun ke sini dek sekatan perjalanan Covid-19.



Bagaimanapun, ia berjaya mencari rentaknya dalam liga dan mengambil kesempatan atas kemerosotan Sailors.



"Kami bergelut untuk memulakan musim. Tapi, para pemain tidak rasa gembira atau sedih terhadap keputusan setiap perlawanan dan berjuang sepanjang musim tanpa berputus asa, dan kami dapat kembali ke puncak.



"Saya percaya bahawa pasukan sebegini layak untuk menang gelaran itu... kami akan terus mencabar kejuaraan dengan sikap sebegitu sehingga akhir musim," tambah Yoshinaga.




MAMPUKAH ALBIREX JADI JUARA SPL?



PERLAWANAN MALAM INI

Lion City Sailors lwn Albirex Niigata



Masa: 7.45 malam

Tempat: Stadium Jalan Besar



KEPENTINGAN KEPUTUSAN



  • Albirex menang:

Jurang mata diperluaskan kepada tujuh mata, berbaki dua perlawanan, dan Albirex dinobat juara.



  • Albirex kalah:

Jurang mata dirapatkan kepada satu mata, berbaki dua perlawanan, dan saingan bagi trofi kejuaraan berterusan.



  • Keputusan seri:

Jurang mata kekal pada empat mata, berbaki dua perlawanan, dan saingan bagi trofi kejuaraan berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >