Premium
Atlet faham keadaan, laras latihan ikut panduan SportSG
Ghairah untuk 'turun padang' semula sambil biasakan diri dengan kelaziman baru
Jun 19, 2020 | 5:30 AM
WALAUPUN perlu mematuhi garis panduan yang ditetap agensi sukan nasional Sport Singapore (SportSG) kelmarin, fraterniti sukan tempatan rata-rata memahami malah menyambut baik langkah tersebut.
Mulai hari ini, kemudahan sukan seperti stadium, kompleks renang, dewan sukan, gimnasium, studio kecergasan, padang golf dan pusat boling, termasuk yang di kondominium dan kelab golf, boleh dibuka semula setelah ditutup dek Covid-19.

