SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kenali 7 juara dunia silat negara

Kenali 7 juara dunia silat negara

Mar 15, 2021 | 5:30 AM

Kenali 7 juara dunia silat negara

Sumber/foto-foto PERSISI
Sumber/foto-foto PERSISI -

Skuad pesilat negara terdiri daripada bukan satu atau dua tetapi sekurang-kurangnya tujuh juara dunia apabila Team SG tampil di mana-mana temasya atau pertandingan baik di rantau ini atau di pentas antarabangsa. Ini menjadikan pasukan 'negara kecil' ini antara 'Gergasi Silat' di mana juga gelanggang mereka diturunkan sama ada Sukan SEA, Sukan Asia atau Kejohanan Pencak Silat Dunia. BERITA HARIAN menampilkan 'Tujuh Pendekar/Srikandi' dalam skuad negara.

Nama: Sheik Farhan Sheik Alau'ddin Usia: 24 tahun Gelaran: Juara Dunia Kelas J (90-95 kg) 3 kali (2015, 2016, 2018) Tugas: Sedang jalani Perkhidmatan Negara (NS) Kelulusan: Diploma dalam Kejuruteraan Digital & Jitu

Nama: Muhammad Iqbal Abdul Rahman Usia: 28 tahun Gelaran: Juara Dunia (Seni Tunggal Lelaki) 1 kali (2018) Tugas: Atlet sepenuh masa (Penerima Biasiswa Spex) Kelulusan: Higher Nitec dalam Pengurusan Sukan

Nama: Muhammad Hazim Mohd Yusli Usia: 20 tahun Gelaran: Juara Dunia Kelas B 50-55kg) 1 kali (2018) dan 1 kali Kejuaraan Pencak Silat Remaja Dunia 2018 Tugas: Pelajar ITE (Penerima Biasiswa SPEX) Kursus: Nitec dalam Kejuruteraan Mekanikal

Nama: Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin Usia: 25 tahun Gelaran: Juara Dunia Kelas I (85-90kg) 1 kali (2018) dan 1 kali Kejuaraan Pencak Silat Pantai 2019 Tugas: Atlet sepenuh masa (Penerima Biasiswa Spex) Kelulusan: Diploma Sains Biomedikal

Nama: Nurzuhairah Mohd Yazid Usia: 23 tahun Gelaran: Juara Dunia (Seni Tunggal Wanita) 1 kali (2018) Tugas: Atlet sepenuh masa (Penerima Biasiswa Spex) Kelulusan: Nitec dalam Perniagaan & Perkhidmatan

Nama: Nurul Suhaila Mohd Saiful Usia: 26 Gelaran: Juara Dunia Kelas D (60-65 kg) 1 kali (2018) Tugas: Atlet sepenuh masa (Penerima Biasiswa Spex) Kelulusan: Diploma Sebaran Am

Nama: Nur Azlyana Ismail Usia: 23 tahun Gelaran: Juara Dunia (Seni Ganda Wanita) 1 kali (2018) Tugas: Pelajar separuh masa Kursus: Diploma dalam Pengurusan Penerbangan

KEDUDUKAN SILAT

- Silat adalah acara tetap yang dianjurkan dalam Sukan SEA sejak 1987 di Jakarta, Indonesia. Dalam Sukan SEA Filipina lalu, silat menyumbang sebanyak 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa dalam pungutan pingat kontinjen Team SG. Sebanyak 8 negara menyertai acara ini.

- Silat mula disertakan dalam Sukan Asia Ke-18 di Jakarta-Palembang pada 2018. Namun, ia disertakan sebagai Acara Pertunjukan dalam Sukan Asia Busan, Korea Selatan, pada 2002. Dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang yang lalu, silat menyumbang 2 perak, 3 gangsa. Sebanyak 10 negara Asia mengambil bahagian.

- Team SG juga menyertai Kejohanan Pencak Silat Sedunia yang diadakan sejak 1987. Singapura kini mempunyai seramai 23 juara dunia. Dalam kejohanan dunia lalu, Team SG menang 7 gelaran Juara Dunia. Sebanyak 49 negara mengambil bahagian dalam Kejuaraan Pencak Silat Sedunia pada 2018.

- Terdapat ura-ura membawa silat ke Sukan Olimpik 2032

- Sejauh ini, 70 negara sudah mempunyai Persekutuan atau Persatuan Pencak Silat sendiri

- Silat juga dipertandingkan di benua Eropah sejak 1986 Antara kejohanan yang diadakan di Barat:

  1. Kejuaraan Pencak Silat Terbuka Belgium
  2. Kejuaraan Pencak Silat Terbuka Antarabangsa Perancis/Paris
  3. Kejuaraan Pencak Silat Terbuka Swiss
  4. Kejuaraan Pencak Silat Terbuka Amerika
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg