Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kenang kembali bakat asal AFRIKA di EPL

Jan 30, 2022 | 09:02 AM



Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) kini hampir ke kemuncaknya dengan pertandingan bola sepak utama benua Afrika itu diwarnai bukan sahaja persembahan menarik di padang, malah pelbagai kontroversi di luar padang. Lebih 30 pemain yang beraksi di Afcon kini mewakili pelbagai kelab dalam Liga Perdana England termasuk bintang Liverpool Mohamed Salah (Mesir) dan Naby Keita (Guinea) serta pemain Arsenal, Nicolas Pepe (Ivory Coast) dan bintang Manchester United, Eric Bailly dan Amad Diallo - kededuanya mewakili Ivory Coast. Sempena pertandingan tersebut, yang berakhir 6 Februari ini, BERITA MINGGU (BM) mengimbau semula pemain-pemain terbaik Afrika yang pernah beraksi di Liga Perdana England.



NWANKWO KANU (Nigeria)



PEMAIN penyerang ini memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Ajax pada 1995 semasa berusia hanya 19 tahun sebelum memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada tahun seterusnya.



Pada Januari 1999, Nwanko Kanu berpindah ke Arsenal dan dalam enam musim bersama Gunners, beliau memenangi dua kejuaraan Liga Perdana England.



Beliau kemudian berpindah ke West Brom sebelum ke Portsmouth di mana beliau menjadi legenda kelab itu setelah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala FA 2008 - kali ketiga Nwankwo Kanu memenangi piala tersebut.




EMMANUEL ADEBAYOR (Togo)



EMMANUEL ADEBAYOR beraksi bagai empat pasukan Liga Perdana - Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspur dan Crystal Palace - dan menjaringkan gol 97 kali dalam 242 perlawanan.



Namun, pemain tersebut tidak pernah memenangi piala sepanjang kerjayanya di England.




DIDIER DROGBA (Ivory Coast)



NAMA Dider Drogba selamanya tertulis dalam buku sejarah Chelsea setelah menjaringkan gol sebelum menyempurnakan tendangan penalti yang memastikan pasukan Blues itu memenangi Piala Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam perlawanan menentang Bayern Munich.



Selain kejayaan Eropah itu, Drogba juga membantu Chelsea memenangi empat kejuaraan liga, empat Piala FA dan dua Piala Liga.



Beliau memegang rekod sebagai penjaring asal Afrika terbanyak dalam Liga Perdana England dengan 104 gol, sebelum rekod tersebut diatasi Mohamed Salah.




MICHAEL ESSIEN (Ghana)



PEMAIN midfield ini menyertai Chelsea pada 2005 dan merupakan pemain penting dalam ‘era emas’ kelab tersebut. 



Michael Essien mewakili Chelsea untuk lapan musim, dan membantu kelab itu memenangi dua kejuaraan liga, Liga Juara-Juara Eropah, empat Piala FA dan satu Piala Liga. 




YAYA TOURE ( Ivory Coast)



PEMENANG Liga Juara-Juara Eropah bersama Barcelona, Yaya Toure menyertai Manchester City pada 2010 dan kemudian menjadi antara pemain terbaik dalam sejarah kelab tersebut.



Beliau menjaringkan gol kemenangan City dalam perlawanan akhir Piala FA, yang mengakhiri kemarau piala kelab tersebut selama 35 tahun, sebelum kemudian memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana England bersama kelab tersebut. 




JAY-JAY OKOCHA (Nigeria)



BOLTON mengejutkan dunia bola sepak apabila berjaya mendapatkan khidmat Jay Jay Okocha, yang ketika itu dilihat sebagai antara pemain paling menarik dunia dan diburu beberapa kelab terkemuka di Eropah dan Timur Tengah setelah menjadi ejen bebas menyusuli kontraknya yang tamat di Paris St-Germain.



Okocha dipilih menjadi kapten di Bolton dan hampir-hampir membantu kelab itu memenangi piala namun tewas di tangan Middlesbrough dalam perlawanan akhir Piala Liga pada 2004. 



Beliau namun berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa bersama Nigeria termasuk pingat emas Sukan Olimpik dan kejuaraan Afcon. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >