Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kenapa susah sangat Man United nak beli pemain?

Oct 02, 2020 | 05:30 AM



DENGAN caranya yang memang suka berterus terang, bekas kapten Manchester United, melahirkan apa yang mengganggu fikiran para penyokong kelab tersohor itu - mengapa susah betul United hendak mendapatkan pemain baru?



Pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer, telah mengenalpasti tiga posisi yang menjadi kelemahan pasukannya - pemain sayap kanan, bek-kiri dan bek-tengah.



Bagaimanapun, meskipun dikaitkan dengan pelbagai pemain, sejauh ini pembelian tunggal United ialah pemain midfield Belanda, Donny van de Beek, yang didapatkan daripada Ajax Amsterdam dengan yuran pemindahan, £35 juta ($62 juta).



"Agak mengecewakan dalam pasaran yang mungkin paling mudah dalam sejarah Liga Perdana England untuk mendapatkan pemain, United tetap terkial-kial," ujar Neville di Twitter.



"Lain-lain kelab sudah berjaya mencapai persetujuan untuk pemain baru, mengapa tidak United?" tambah beliau.



Komen dari legenda kelab Old Trafford itu, seperti Neville, pasti meletakkan lebih banyak tekanan ke atas naib-pengerusi eksekutif United, Ed Woodward dan pegawai yang bertanggungjawab mengadakan rundingan untuk pemain, Ketua Pembangunan Korporat, Matt Judge.



MEMBURU SANCHO



Solskjaer telah menjadikan Jadon Sancho sasaran nombor satunya, namun Borussia Dortmund sejauh ini telah menolak tawaran United.



Kelab Jerman itu bersedia berunding pada awal musim panas ini dan telah memaklumkan kepada United bahawa apa-apa persetujuan harus dicapai sebelum 10 Ogos kerana kelab itu mahukan kepastian skuad bagi musim akan datang, sebelum memulakan latihan pra-musim.



United bagaimanapun gagal mencapai persetujuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.



Ketika itu, United mahu cuba berunding untuk yuran pemindahan yang lebih rendah daripada £100 juta yang dituntut Dortmund dan enggan mengadakan rundingan dengan pihak ketiga, yang merupakan amalan kelab Bundesliga itu.



Difahamkan, gaji dan yuran ejen Sancho sudah pun dipersetujui.



Namun, sehingga kini Dortmund bertegas United telah terlepas peluang dan jendela 10 Ogos untuk mendapatkan tandatangan Sancho.



Mereka telah menolak tawaran terkini United, difahamkan sekitar £92 juta, dan sumber-sumber dari kelab itu berkata Dortmund tidak lagi berminat untuk menjual pemain muda berbakat itu.



Persoalannya sekarang ialah - adakah United harus terus mencuba atau menukar fokus kepada pemain lain?



"Ini adalah soalan yang perlu mereka huraikan awal lagi sebelum ini. Bukan menunggu sehingga hari-hari terakhir. Mereka harus menilai berapa banyak yang sanggup mereka belanjakan untuk seseorang pemain, dan memberi mereka tempoh masa sendiri untuk berunding. Jika segala usaha dilakukan dan masih tidak berhasil, 'baiklah, masanya untuk melihat alternatif.' Itu yang harus mereka lakukan," kata seorang lagi bekas pemain United, Patrice Evra.



MASIH ADA HARAPAN



Tidak semuanya malap, namun mereka harus bertindak pantas.



Penyerang Barcelona, Ousmane Dembele, ialah satu alternatif.



Pemain berbakat itu gagal memenuhi potensinya di Barca, akibat kecederaan, dan perubahan sekitaran akan dapat menyemarakkan semula kerjayanya.



Seorang lagi ialah pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.



Difahamkan United telah memulakan perbincangan untuk mengambil dua pemain itu sebagai pemain pinjaman - namun sumber-sumber dari Sepanyol dan Italy mengatakan Dembele dan Perisic lebih suka jika satu pemindahan penuh dilaksanakan.



Seorang lagi pemain yang telah disebut-sebut di sekitar Old Trafford ialah Ismaila Sarr.



Kelebihan Sarr ialah pemindahan antara kelab Liga Perdana England masih boleh diteruskan sehingga 16 Oktober.



Watford sejauh ini bertegas kelab itu hanya berminat untuk satu pemindahan penuh, dan bukan pinjaman. Namun, Sarr masih belum 'terbukti' di peringkat yang dimahukan United.



"United perlu melihat alternatif-alternatif ini secara serius kerana saya rasa mereka masih memerlukan pemain di barisan penyerang untuk membeli Ole pilihan," kata Neville.



"Nama-nama yang disebutkan saya rasa mereka adalah pemain baik, dan boleh memberi kelebihan kepada United. Woodward dan rakan-rakan harus pastikan ia berlaku," tambah beliau.



DILEMA BENTENG PERTAHANAN



United telah mengenalpasti pemain bek-kiri Porto, Alex Telles , sebagai pemain yang mahu didapatkannya.



Malangnya, mereka merasakan harga permintaan bagi pemain itu terlalu tinggi.



Untuk Telles, yuran pemindahan £18 juta adalah terlalu tinggi memandangkan beliau telah memasuki tahun terakhir kontraknya, dan boleh menandatangani kontrak dengan kelab lain dalam masa tiga bulan, dan menyertai kelab itu secara percuma musim depan.



Namun, keadaannya tidak semudah yang digambarkan ramai termasuk Neville dan Evra.



Sumber-sumber yang rapat dengan kelab Old Trafford itu berkata kelab tersebut perlu mengambil langkah berhati-hati dan bertanggungjawab sedang masa depan bola sepak - terutama dari sudut kewangan - tidak menentu dengan kesan kepada ekonomi akibat Covid-19.



United - kelab yang paling banyak menarik peminat luar negara - tidak dapat menyambut ratusan ribu peminatnya dari Afrika Selatan, ke Hong Kong gara-gara sekatan perjalanan udara sebagai langkah menangani penularan pandemik sekarang.



Di samping itu, United juga menghadapi kesukaran menjual pemain sedia ada untuk mengimbangi kegiatannya dalam pasaran pemain



Meskipun Andreas Pereira akan menyertai Lazio, namun masih ada ramai lagi pemain dari skuad utama yang perlu dijual, namun sejauh ini belum ada pembelinya.



Ini termasuk Chris Smalling, Phil Jones, Marcos Rojo dan lain-lain lagi.



"Inilah hakikatnya," kata bekas pemain United, Owen Hargreaves.



"Tanpa mengurangkan jumlah pemain dengan melepaskan mereka yang tidak dalam rancangan Solsjkaer, sukar untuk United memperkukuh skuad dengan pemain baru.



"Ia adalah keadaan yang tidak ideal, tapi itulah situasi yang dihadapi United dan jika sesuatu tidak berlaku, dan berlaku cepat, saya rasa musim ini akan menjadi satu lagi musim kekecewaan bagi semua penyokong mereka," ujar beliau - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >