Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepulangan atlit Sukan Olimpik Khas dengan 16 pingat disambut meriah

Mar 23, 2019 | 5:39 PM
SAMBUT MERIAH: Penyokong dan ahli keluarga atlit Team Singapore yang bertanding di Sukan Olimpik Khas di Abu Dhabi menyambut kepulangan mereka dengan cukup meriah.
SAMBUT MERIAH: Penyokong dan ahli keluarga atlit Team Singapore yang bertanding di Sukan Olimpik Khas di Abu Dhabi menyambut kepulangan mereka dengan cukup meriah. - Foto Olimpik Khas Singapura

KEPULANGAN 30 atlit Team Singapore yang menyertai Sukan Olimpik Khas disambut meriah di Lapangan Terbang Changi pagi tadi (23 Mac) oleh penyokong dan anggota keluarga mereka.

Sukan Olimpik Khas 2019 yang berakhir kelmarin di Abu Dhabi menyaksikan Team Singapore berjaya membawa pulang 16 pingat - empat emas, empat perak dan lapan gangsa.

Temasya sukan yang berlangsung dari 14 hingga 21 Mac itu disertai 7,500 atlit dari 192 negara.

Turut hadir di Terminal 2 tadi ialah Presiden Olimpik Khas Singapura, Dr Teo-Koh Sock Miang serta Duta Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Singapura, Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh.

Mereka yang berjaya menggondol emas adalah atlit olahraga - Nurshalini Sahnef, Maveric Lee dan Jacob Wong - serta atlit bocce, Soh Li Ning.

Nurshalini dan Lee memenangi pingat emas dalam acara lari pecut 200 meter manakala Wong pula meraih pingatnya bagi acara lari pecut 100 meter.

Pingat lain yang dimenangi kontinjen Team Singapore di temasya Sukan Olimpik Khas 2019 adalah bagi sukan bowling, badminton dan renang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg