Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerana Covid-19, Khabib enggan bertarung

Apr 2, 2020 | 12:28 PM
SIKAP BERTANGGUNGJAWAB: Juara kelas lightweight, Khabib Nurmagomedov, sepatutnya menjadi tarikan utama di UFC 249 di mana beliau akan bertarung dengan Tony Ferguson, tetapi dalam status di laman Instagramnya, dia berkata dia tidak sanggup meninggalkan Russia untuk perlawanan itu.
SIKAP BERTANGGUNGJAWAB: Juara kelas lightweight, Khabib Nurmagomedov, sepatutnya menjadi tarikan utama di UFC 249 di mana beliau akan bertarung dengan Tony Ferguson, tetapi dalam status di laman Instagramnya, dia berkata dia tidak sanggup meninggalkan Russia untuk perlawanan itu. - Facebook/KhabibTheEagle/

LOS ANGELES: Bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov, enggan mengambil bahagian dalam satu kejohanan UFC yang dijadualkan pada 18 April kerana tidak bersedia melangkah keluar dari Russia kerana penularan wabak Covid-19.

Juara kelas lightweight berusia 32 tahun itu sepatutnya menjadi tarikan utama di UFC 249 di mana beliau akan bertarung dengan Tony Ferguson, tetapi dalam status di laman Instagramnya, dia berkata dia tidak sanggup meninggalkan Russia untuk perlawanan itu.

"Saya faham semuanya dan saya lebih kecewa berbanding anda kerana membatalkan pertarungan itu, mungkin seperti orang lain, saya mempunyai banyak perancangan selepas perlawanan itu, tetapi saya tidak boleh mengawal kesemuanya," kata Khabib.

Ultimate Fighting Championship (UFC) telah menangguhkan tiga acara sebelum ini kerana gagal mencari tempat untuk menganjurkan pertarungan disebabkan pandemik Covid-19.

UFC masih belum menentukan tempat bagi pertarungan Khabib-Ferguson tetapi presidennya, Dana White berkata, pihaknya akan tetap mengadakan acara berkenaan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg