Kes Ben Davies wajar ditimbang serius dalam rangka kerja Mindef masa ini, kata FAS, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Kes Ben Davies wajar ditimbang serius dalam rangka kerja Mindef masa ini, kata FAS

Jul 18, 2018 | 10:32 AM

 

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (17 Julai) berkongsi pandangannya tentang isu penangguhan permulaan Perkhidmatan Negara (NS) pemain bola sepak muda Ben Davies dan berkata ia menyokong kuat permohonan pemain itu.

Dalam kenyataannya yang diterbitkan pada 11.05 malam, FAS berkata ia ‘yakin bahawa kes ini layak diberikan pertimbangan serius, walau dalam rangka kerja Kementerian Pertahanan yang sedia ada’.

“Kami mengharapkan pendekatan seimbang boleh diambil, untuk menggalak dan memupuk lagi bakat yang melimpah-ruah, tanpa, pada masa yang sama meremehkan integriti agenda perkhidmatan negara.

“Ini adalah kali pertama seorang warga Singapura ditawarkan kontrak profesional oleh salah satu daripada enam liga terbaik di dunia. Ia mencerminkan hakikat bahawa pemain bola sepak Singapura berpotensi bangkit ke puncak sukan ini, dan juga mengiktiraf rangka kerja penjurulatihan dan pembangunan setempat, dari mana Ben menerima bimbingan awal,” kata FAS.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Davis, 17 tahun, menandatangani kontrak profesional dua tahun dengan kelab Liga Perdana England (EPL) Fulham pada 29 Jun. Mindef telah memberitah keluarga Davis pada 11 Jun bahawa permohonannya untuk menangguhkan NS telah ditolak.

Hanya tiga atlit, Joseph Schooling, Quah Zheng Wen dan Maximilian Soh, telah memenuhi kriteria penangguhan NS dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

Davis ialah warga Singapura pertama menandatangani kontrak profesional dengan kelab EPL.

 

 

FAS berkata bahawa ia ‘memahami keprihatinan sekitar pengecualian yang dimohon, tetapi ia percaya bahawa keseimbangan boleh dicapai antara pembangunan pemain dan tanggungjawab NS dalam kes unik ini’.

“Kami juga percaya bahawa sebarang penagguhan (NS) tidak boleh diberikan tanpa tarikh luput, dan sebarang penangguhan perlu diberi jaminan bahawa Benjamin (Davis) akan memenuhi komitment dan tanggungjawab NS dan untuk menggunakan peluang ini untuk mempertingkat pembangunan bola sepak nasional.

“Kami akan bekerjasama dengan Benjamin dan keluarganya tentang perkara ini, dengan pandangan untuk mendapat sokongan Mindef atas dasar merit permohonan ini dan untuk meleraikan keprihatinan Mindef berkenaan komitmen NS Benjamin, dan untuk mencapai penyelesaian seimbang bagi isu ini dengan cara terbaik yang memenuhi kepentingan negara.”

Ben, yang bapanya berasal dari England dan ibunya dari Thailand, dilahirkan di Thailan dan berpindah ke Singapura dengan keluarganya pada usia lima tahun.

Beliau menjadi warga Singapura pada 2009 dan mengikut undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), beliau layak beraksi untuk England dan Thailand berdasarkan keturunan ibu bapanya.

 Beliau telah mewakili Singapura di berbilang skuad peringkat bawah usia, tetapi baru-baru ini mewakili skuad bawah 19 tahun dan diundag ke skuad nasional awal tahun ini.

Ben menuntu di Sekolah Sukan Singapura dari 2013 hingga 2015 dan berpindah ke Sekolah Tinggi Harrow di London pada 2016. Pada Julai tahun lalu, Fulham memberinya biasiswa dua tahun.

Menurut FAS, ia ‘bersetuju sepenuhnya’ bahwaa NS adalah satu ‘kepentingan genting’ bagi negara.

“Tanggungjawab untuk berkhidmat bersifat sejagat dan kami memahami kedudukan Mindef yang berkata bahawa penangguhan NS hanya diberikan dalam kes pengecualian yang jarang berlaku, bagi atlit lelaki.”

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map