Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kes Schooling ambil dadah: SNOC akan bentuk panel disiplin, jalankan siasatan

Sep 01, 2022 | 07:44 AM



MAJLIS Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata ia akan membentuk sebuah jawatankuasa disiplin (DC) untuk meneliti kes melibatkan perenang negara, Joseph Schooling dan Amanda Lim, yang disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan mengambil ganja.



Jurucakap SNOC berkata demikian semalam sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), namun jurucakap tersebut berkata ia tidak dapat memberikan butiran lanjut.



Sport Singapore (SportSG) kelmarin mendedahkan bahawa CNB telah menjalankan siasatan ke atas Schooling, 27 tahun, dan seorang lagi perenang negara, Amanda Lim, 29 tahun, atas kesalahan berkaitan pengambilan ganja.



Agensi sukan negara itu menerangkan ujian air kencing Schooling bagi dadah terkawal didapati negatif dan beliau kemudian dirujuk kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) memandangkan perenang itu sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Mindef telah meletakkan beliau di bawah rejim ujian air kencing sebagai sebahagian daripada proses rawatan dan rehabilitasi. Bekas juara Olimpik itu juga telah dikemukakan surat amaran rasmi.



Mindef juga menegaskan bahawa Schooling tidak lagi akan dibenarkan mengambil cuti atau menangguhkan latihan NS untuk menjalani latihan atau menyertai pertandingan renang.



Ini bermakna beliau besar kemungkinan akan terlepas beraksi dalam Sukan Asia Tenggara di Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhou, China.



Sementara itu, masyarakat sukan memberitahu akhbar ini bahawa mereka terkejut dengan berita melibatkan Schooling dan Amanda itu.



Perbuatan dua perenang negara itu, menurut mereka, telah mencemar nama baik mereka serta menghampakan generasi muda yang melihat mereka sebagai sumber inspirasi.



Ini terutamanya bagi Schooling sebagai wira negara yang telah mengharumkan nama Kota Singa ini dengan memenangi pingat emas Olimpik pada 2016.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata atlet negara terutama bertaraf elit harus sedar tanggungjawab yang dipikul, terutama berhubung larangan penggunaan dadah.



"...ia adalah soal pilihan yang dibuat oleh atlet. Badan sukan nasional (NSA) dan SportSG sentiasa menyediakan pelbagai sokongan bagi membolehkan mereka untuk cemerlang dalam sukan masing-masing," kata beliau.



Kapten pasukan bola sepak negara Hariss Harun, dalam laporan The Straits Times, berkata:



"Beliau (Schooling) membuat kesilapan, beliau mengaku, telah menunjukkan beliau menyesal dan apa yang penting sekarang adalah beliau mendapat bantuan sepenuhnya untuk kekal bersih (dari dadah) dan kembali seperti Jo yang kami semua kenal".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >