Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Kesedihan menyeksakan' bagi Ronaldo, pasangan susuli kehilangan bayi lelaki kembar

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemain bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo berkata kehilangan bayi lelakinya adalah kesedihan yang paling menyeksakan yang boleh dialami oleh mana-mana ibu bapa.



Kelmarin, beliau dan pasangannya, Georgina Rodriguez, mengumumkan bayi lelaki mereka meninggal dunia.



Rodriguez, 28 tahun, mengandung sepasang bayi kembar.



Bayi perempuan selamat dilahirkan dan pasangan itu berkata kelahirannya memberikan mereka kekuatan dan harapan untuk meneruskan hidup.



Mengumumkan berita itu menerusi kenyataan bersama di media sosial, Ronaldo, 37 tahun, dan pasangannya berkata:



"Dengan amat dukacita, kami mengumumkan bayi lelaki kami telah meninggal dunia.



"Hati kami remuk akibat kehilangan ini dan kami memohon diberikan sedikit masa untuk berkabung pada masa yang amat sukar ini.



"Kami akan sentiasa menyayangi anda, anak lelaki kami."



Rodriguez mengumumkan beliau mengandung pada Oktober lalu.



Berita kematian bayi lelaki Ronaldo itu diumumkan sekitar sehari sebelum pasukannya bertandang ke Anfield bagi perlawanan Liga Perdana England (EPL) dengan musuh ketat, Liverpool.



Memberi reaksi di Twitter, United berkata: "Kesedihan yang anda alami adalah kesedihan kami juga. Kami berharap anda dan keluarga kekal kuat dalam masa sukar ini."



Rakan sepasukan Marcus Rashford, berkata: "Simpati saya bersama anda dan Georgina. Saya amat-amat berdukacita."



Real Madrid, bekas kelab Ronaldo di Sepanyol pula berkata kelab itu, presiden dan lembaga pengarahnya amat sedih dan berkongsi kepahitan yang dirasainya.



Kelab-kelab EPL yang lain, seperti Manchester City, Leeds United dan EPL juga telah melahirkan kata-kata takziah.



Ronaldo mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Jr, yang dilahirkan pada 2010 dan sepasang kembar Eva dan Mateo yang lahir pada 2017.



Ronaldo juga mempunyai seorang lagi anak, Alana Martina, yang dilahirkan pada 2017. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >