Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Kesihatan Hariss jadi tanda tanya

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



KECERGASAN dan kesihatan kapten pasukan nasional Hariss Harun, kurang tiga minggu sebelum Piala AFF Suzuki berlangsung di Singapura bulan depan kini menjadi tanda tanya.



Hariss, 30 tahun, terlepas menyertai kem latihan pasukan nasional di Dubai selepas beliau diuji positif bagi Covid-19 minggu lalu.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata Hariss sedang beransur pulih dengan baik.



Pemain itu dilaporkan mengalami demam, hidung tersumbat, sengal badan dan pening kepala selama dua hari dan kini sedang mengasingkan diri di rumah di bawah Program Pemulihan Di Rumah.



Ketua sains dan perubatan bola sepak di FAS Haiyum Jaafar berkata walaupun masa yang disarankan untuk kembali ke latihan ialah antara tiga hingga lima minggu, Hariss tetap berada dalam keadaan sihat dan telah pelihara kecergasan tubuh semasa menjalani pengasingan.



"Dalam tempoh ini, FAS, selepas berunding dengan kelabnya Lion City Sailors, telah menyertakan beliau dalam program kecergasan untuk memelihara keadaan tubuh secara am," kata Haiyum, yang berkata FAS telah mengatur strategi supaya Hariss meningkatkan beban latihan secara beransur-ansur.



"Ini akan mempersiapkannya untuk kembali berlatih di padang semasa beliau dilepaskan."



Haiyum juga berkata tempoh yang diperlukan seseorang atlet daripada jangkitan Covid-19 bergantung pada tahap jangkitan yang dialami atlet tersebut.



Namun pengalaman yang dialami beberapa atlet elit di peringkat antarabangsa mencadangkan tempoh pemulihan bagi atlet sedemikian, yang dianggap mempunyai tahap kecergasan lebih tinggi berbanding orang lain, sukar ditentukan.



Sebagai contoh, atlet pendayung dari Britain Oonagh Cousins berkata pada Februari lalu beliau mengalami simptom ringan dan telah mengekalkan intensiti latihan sebagai persiapan melayakkan diri ke Olimpik Tokyo.



Namun, tindakan itu membuat tubuhnya lebih terdedah kepada Covid-19 dan beliau terkial-kial mencapai kecergasan penuh lebih setahun selepas dijangkiti Covid-19.



Keadaan ini kini dikenali sebagai 'long-Covid' atau Covid-19 berpanjangan.



Pakar penyakit berjangkit dari Rophi Clinic, Dr Leong Hoe Nam berkata beberapa faktor seperti respons keimunan genetik dan keadaan kesihatan seseorang memainkan peranan sama ada seseorang atlet mengalami kesan jangka pertengahan atau berpanjangan dari jangkitan Covid-19.



Beliau menjangka atlet sihat seperti Hariss memerlukan sekurang-kurangnya satu bulan atau dua bulan untuk mengembalikan kecergasan asal.



Sebelum dijangkiti Covid-19, Hariss sedang pulih dari kecederaan peha yang dialami dalam perlawanan terakhir dengan Sailors dalam Liga Perdana Singapura (SPL), pada 10 Oktober.



Beliau dijadual kembali menyertai latihan pada hari yang sama beliau diuji positif bagi Covid-19.



Semalam, FAS berkata seorang lagi pemain nasional Hafiz Nor tidak akan menyertai pasukan di Dubai.



Beliau telah dikenakan Amaran Risiko Kesihatan (HRW) sejak Isnin lalu selepas seorang anggota isi rumah dijangkiti Covid-19.



Ujian Covid-19 bagi Hafiz adalah negatif, tetapi beliau perlu mengasingkan diri, kata FAS.



Singapura beraksi menentang Republik Kyrgyz malam tadi, perlawanan persahabatan pertama daripada dua perlawanan yang dijadualkan di Dubai sebelum pasukan nasional kembali ke sini pada Rabu depan.



Singapura akan memulakan kempen AFF Suzuki pada 5 Disember, apabila ia bertemu Myanmar di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >