Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Kesihatan, keselamatan Team Singapore keutamaan: Chef-de-mission

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



CHEF-DE-MISSION kontinjen Singapura ke Sukan Olimpik Tokyo, Dr Ben Tan, menegaskan melindungi kesihatan dan keselamatan Team Singapore, termasuk pegawainya, adalah keutamaan apabila mereka berada di sana.



Beliau juga menjelaskan pelbagai langkah berjaga-jaga telah ditetapkan, melebihi yang tertera dalam buku panduan Tokyo 2020, yang diedar penganjur temasya sukan itu.



"Kami bersedia bagi Sukan Olimpik Tokyo. Sukan Olimpik kali ini satu temasya sukan yang belum pernah terjadi sebelum ini, dan kami telah membuat persiapan dan menerapkan langkah-langkah memastikan kesihatan dan keselamatan kontinjen kita terjamin.



"Pasukan perubatan dan sains sukan yang diketuai ketua pegawai perubatan Dr Teoh Chin Sim telah menyediakan protokol kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang akan melindungi kontinjen kita sebelum berangkat, selama temasya dan apa mereka pulang ke Singapura," kata Dr Tan dalam satu sidang media maya semalam.



Menurut Dr Teoh, kesemua atlet Singapura yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo, yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, telah divaksinasi.



"Terbukti bahawa vaksinasi dapat mengurangkan keterukan kesakitan, jika seseorang itu dijangkiti. Jadi ini adalah perkara pertama yang kami lakukan," ujarnya.



Selain itu, sebelum berangkat setiap atlet dan pegawai Team Singapore akan diberi kit keperluan perjalanan yang disediakan oleh Institut Sukan Singapura (SSI). Kit itu antara lain mengandungi garis panduan nasihat perjalanan, pelitup muka, sanitiser, penyembur permukaan antimikroba, tisu pembasmi kuman dan termometer.



Ketika di Tokyo, mereka akan menjalani ujian Covid-19 setiap hari, di samping mematuhi perlindungan Covid-19 menyeluruh. Ini termasuk memastikan mereka melakukan perjalanan dalam "gelembung dalam gelembung" (bubble within a bubble) untuk mengurangkan pendedahan mereka kepada risiko dijangkiti.



"Jadi dalam kumpulan peserta Sukan Olimpik, kami akan dipisahkan dalam gelembung dengan jarak sosial antara dan dalam pasukan, yang menawarkan lapisan perlindungan tambahan.



"Di samping itu, dalam Team Singapore kita sendiri, kami menasihati mereka supaya mengamalkan tingkah laku yang telah ditetapkan, yang juga dinyatakan dalam buku panduan Tokyo 2020, iaitu duduk, berdiri dan berjalan dalam jarak dua meter, dalam pasukan sendiri mahupun antara atlet negara lain," kata Dr Teoh.



Dr Tan semalam turut mengumumkan Singapura akan diwakili 23 atlet dalam 12 cabang sukan, termasuk tiga yang kali pertama disertai negara ini - terjun air, ekuestrian dan renang maraton.



Jumlah cabang sukan itu adalah yang terbanyak disertai Singapura di Sukan Olimpik, melepasi rekod sembilan pada 2012.



Dr Tan berkata: "Atlet kita telah menunjukkan daya tahan dan kemampuan menyesuaikan diri dalam mengurus dan berusaha mencapai aspirasi sukan mereka, dan pasukan sokongan kita telah berusaha keras untuk memastikan mereka berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental optimum dan tampil melakukan yang terbaik di pentas Olimpik.



"Saya sangat bangga mengenai tahap profesionalisme atlet kita, dan berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjaga mereka. Dengan Sukan Olimpik semakin hampir, saya harap rakyat Singapura dapat memberi sokongan penuh kepada atlet kita, dan berharap mereka berjaya di temasya ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >