Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI AFF

Ketiadaan Shakir akan dirasai apabila Singa lawan Indonesia

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dapat mengelakkan bertemu juara bertahan Vietnam pada separuh akhir Piala Suzuki AFF, namun akan melangkah ke padang esok menentang Indonesia tanpa pemain pertahanan pilihan pertama Shakir Hamzah, yang mengalami kecederaan jangka panjang.



Shakir mengalami kecederaan itu pada minit keenam perlawanan menentang Thailand dan tidak dapat meneruskan perlawanan.



Dalam kenyataannya kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata Shakir, 29 tahun, mengalami kecederaan ligamen lutut kanan dan akan mendapatkan nasihat doktor sebelum menimbangkan tindakan perubatan susulan.



Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida berkata Shakir anggota penting pasukan nasional dan kehilangannya akan dirasai di dalam dan luar padang.



"Kita semua tahu apa sumbangan Shakir kepada pasukan ini... sejak Jun beliau telah mendapatkan semula keyakinan kami semua dan sikap dan komitmennya kepada pasukan telah menjadi lebih baik," kata Yoshida, sambil menambah bahawa Shakir seorang yang tidak mengaku kalah dan akan bangkit lebih kuat daripada kecederaan ini.



Menulis di media sosial, Shakir berkata kecederaan yang dialaminya adalah antara yang paling serius boleh dialami seorang atlet tetapi beliau yakin dapat kembali ke padang latihan.



"Saya mengucapkan yang terbaik kepada rakan seperjuangan pada separuh akhir nanti," ujar beliau.



Singapura, yang menduduki tangga kedua Kumpulan A selepas tewas kepada Thailand 2-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, akan bertemu Indonesia dalam separuh akhir dua perlawanan yang bermula esok.



Ini selepas Indonesia menewaskan Malaysia 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menjuarai Kumpulan B.



Vietnam, yang menduduki tempat kedua Kumpulan B, akan bertemu Thailand, juara Kumpulan A, dalam separuh akhir kedua.



Walaupun akan bertemu pasukan tuan rumah, Indonesia melangkah ke padang Stadium Negara dengan penuh keyakinan berbekal persembahan baik semasa menundukkan Malaysia.



Ia ketinggalan satu gol pada awal permainan tetapi semangat pemainnya tidak tergugat dan mereka bangkit untuk menjaringkan empat gol



Pemain bek kiri Indonesia, Pratama, yang menjaringkan satu gol, berkata:



"Kami memenangi perlawanan itu kerana kami berjuang sebagai satu pasukan. Kami tidak akan berhenti di sini dan akan bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat mara ke final."



Perlawanan separuh akhir pertama Singapura menentang Indonesia dan Vietnam bertemu Thailand berlangsung esok.



Ini disusuli perlawanan separuh akhir kedua pada Sabtu.



Semua perlawanan bermula pada 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung di Mediacorp meWatch Ch01 dan menerusi app meWatch.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >