Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairul Amri tinggalkan Tampines Rovers, pindah ke Felda United

May 8, 2019 | 5:53 PM
DIKAWAL KETAT: Amri (jersi kuning) dikawal ketat oleh pemain Yangon United, namun pemain Tampines itu tetap berjaya menjaringkan hatrik dalam memastikan kemenangan 4-3 Rabu lalu. - Foto BH oleh GAVIN FOO
DIKAWAL KETAT: Amri (jersi kuning) dikawal ketat oleh pemain Yangon United, namun pemain Tampines itu tetap berjaya menjaringkan hatrik dalam memastikan kemenangan 4-3 Rabu lalu. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

Pemain bola sepak nasional Khairul Amri akan meninggalkan Tampines Rovers untuk menyertai Felda FC yang beraksi dalam Liga Super Malaysia.

Amri, 34 tahun, diberikan kebenaran khas untuk menerima tawaran dari kelab itu, walau musim Liga Perdana Singapura sedang berlangsung, kerana Amri telah banyak berjasa kepada kelab dan negara, kata Tampines dalam kenyataannya pada Rabu (8 Mei).

"Langkah ini juga sesuai bagi pemain itu dan keluarganya, di peringkat kerjaya ini," kata Tampines.

"Beliau meninggalkan kelab dengan penghargaan kami atas usahanya di padang dan sokongan dan komitmennya kepda kelab dan peminat di luar padang. Kami berharap beliau berjaya," kata kenyataan itu lagi.

Buat masa ini, Tampines menduduki tangga keempat dalam Liga Perdana Singapura dan sedang bersaing dalam Piala AFC.

Liga Super Malaysia sedang berehat sempena Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg