Topik diikuti
Pergi ke BHkuKim Song imbas kegemilangan Piala M'sia 1977
Penyerang lincah cerita pelibatan dalam bola sepak bersama keluarga dan keakraban rakan sepasukan dalam buku
1 of 5
Feb 15, 2015 | 6:13 AM
Kim Song imbas kegemilangan Piala M'sia 1977
QUAH Kim Song. Ramai golongan muda mungkin tidak mengenali nama ini tetapi tidak bagi orang lama yang sudah memasuki usia '50 sen' seperti saya.
Bagi kami, apabila disebut saja nama Kim Song, akan terbayang susuk tubuh penyerang lincah dengan pipi dibasahi darah yang menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Singapura menjuarai mahkota pertandingan paling diidam-idamkan - Piala Malaysia - pada 1977.