Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LAWAN PEDANG

Kiria acu pedangnya pada Olimpik 2024

Dec 23, 2019 | 05:30 AM



USAHA dan semangat juang resepi kejayaan juara pingat emas lawan pedang Sukan SEA Manila Kiria Tikanah.



Selesai sahaja pertandingan tersebut, atlit Singapura berusia 19 tahun itu terus mula melakukan perancangan untuk masa depan.



Menurut anak kacukan bapa Melayu dan ibu Cina itu, perjuangannya dalam sukan lawan pedang belum selesai.



Apabila ditanya apakah langkah seterusnya, Kiria meluahkan cita-cita terus berjuang ke arah Sukan Olympik 2024.



 





Bakat dan potensi Kiria terserlah sejak kecil. Malah, secilik umur lapan tahun beliau beraksi buat kali pertamanya dalam sukan tersebut. Beliau menyertai kelab Z Fencing tetapi berpindah ke Kelab Blade selang setahun. 



"Saya masih ingat lagi, pada setiap hujung minggu, saya akan menghadiri kelas latihan lawan pedang. Lama-kelamaan, minat pada sukan ini semakin bertambah,” kata Kiria.



Tetapi, atlit emas ini tidak terkecuali daripada cabaran yang sering dikaitkan dengan sukan tersebut.



Encik Henry Koh, jurulatih Kiria, menyatakan sukan lawan pedang memerlukan daya mental dan fizikal kuat.



"Masa yang diperlukan untuk mengasah kemahiran dan kestabilan mental merupakan proses lama," ujarnya.



Apabila diminta mengulas mengenai kemenangan Kiria, Encik Koh berkata: "Kiria seorang atlit yang sangat mahir dan komited. Walaupun beliau masih muda, kehandalannya berbanding ahli pasukan lebih berpengalaman tidak jauh beza."



Kiria membuktikan kesungguhan dan kebolehannya melalui setiap sesi latihan dan pertandingan yang disertainya.



Antaranya, beliau telah mengambil bahagian dan menang di Kejohanan Komanwel Peringkat Junior & Kadet 2015 di Afrika Selatan.



Namun, perjuangan Kiria bagi Sukan SEA ke-30 itu dilanda banyak dugaan.



Proses pemilihan di Singapura ialah mengikut sistem mata yang menentukan kelayakan seseorang untuk mewakili negara dalam sesuatu acara sukan.



Bagaimanapun, hanya dua atlit di kedudukan tertinggi pada peringkat global dibenarkan bersaing.



Pada 2017, Kiria menduduki tempat kesembilan dek sibuk belajar bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.



Tahun lepas pula Kiria terpaksa berhenti berlatih setahun akibat kecederaan ligamen. Namun, keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.



Berbekal semangat jitu dan kerja keras, akhirnya beliau berjaya menduduki kedudukan kedua tertinggi di Singapura dan memperoleh kelayakan mewakili negara.



Beberapa bulan sebelum bersaing dalam Sukan SEA Manila, Kiria membuat persiapan dengan berlatih seawal 8 pagi setiap hari.



Ini walaupun pada masa itu, beliau baru sahaja memulakan pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan kimia.



"Saya tidak putus-putus berlatih siang dan malam. Ada kalanya saya berasa letih kerana ia sungguh intensif. Memang tidak dinafikan bahawa hasil daripada usaha saya sendiri akhirnya berbaloi," katanya.



Menurut Kiria, kemenangan beliau dalam Sukan SEA berlaku di luar jangkaannya sendiri.



Sebenarnya, matlamat beliau pada temasya itu hanyalah sebuah pingat, tidak kira warnanya.



Apabila ditanya tentang perasaan menggondol emas, Kiria berkata: "Saya tidak sangka saya mampu menewaskan pelawan-pelawan pedang termashyur di peringkat Asia.



"Kemenangan ini meningkatkan tahap keyakinan diri saya dan saya sangat bersyukur bagi peluang yang diberi kepada saya."



Apabila kali pertama Kiria meluahkan keinginan bertanding dalam Sukan SEA, ibu bapanya bimbang apakah pelibatannya akan menjejas kelakonan akademiknya.



Namun, kebimbangan itu tidak menghambat Kiria, bahkan beliau membuktikan ia tidak tepat.



Kiria tidak lupa tanggungjawabnya sebagai pelajar dan mengurus masanya dengan cekap agar dapat memberi tumpuan dan memenuhi tuntutan kedua-dua bidang itu - akademik dan sukan.



Dalam bidang pelajaran, Kiria bercita-cita menceburi bidang forensik.



Dengan sokongan keluarga dan semangat kentalnya, Kiria percaya beliau berdaya mampu mencapai cita- citanya itu.



Buat masa ini, Kiria sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan semester di universiti.



Namun, beliau tidak sabar untuk memulakan sesi latihan sukan lawan pedang kerana sasarannya - Olympik 2024!



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >