Topik diikuti
Pergi ke BHkuKiria terlepas emas kedua, pasukan foil lelaki muncul juara
Kiria terlepas emas kedua, pasukan foil lelaki muncul juara
Kiria terlepas emas kedua, pasukan foil lelaki muncul juara
HAMPIR JUARA: Kiria Tikanah (kanan) semasa pertarungan menentang pelawan pedang Filipina (kiri) dalam perlawanan akhir lawan pedang berpasukan epee wanita semalam. - Foto BM oleh MARK CHEONG -
Dec 8, 2019 | 5:30 AM
MANILA, FILIPINA: Sebaik mata lawan di skrin televisyen bertukar kepada 45 mata - mata kemenangan dalam perlawanan acara berpasukan lawan pedang - dan sorakan tuan rumah menyelubungi dewan, Kiria Tikanah Abdul Rahman menunduk kekecewaan.
Pelawan pedang berusia 19 tahun ini hampir merubah sejarah meraih pingat emas pertama Singapura dalam acara lawan pedang berpasukan epee wanita di Sukan SEA sejak 1989.