Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kiria Tikanah hampir buat kejutan dalam lawan pedang Olimpik

Jul 24, 2021 | 03:50 PM



TOKYO:  Lima meter dan jurang kedudukan 206 mata memisahkan pemain pedang Singapura, Kiria Tikanah Abdul Rahman, dengan pemain nombor satu dunia Romania, Ana Maria Popescu, di Dewan Makuhari Messe pagi Sabtu  (24 Julai).

Tetapi, sedang jam menunjukkan hanya tinggal 35 saat sahaja dalam perlawanan pusingan kelompok 32 pesaing wanita di Sukan Olimpik, mereka dipisahkan dengan hanya satu mata.

Kiria, 21 tahun, hampir mengejutkan pemain nombor satu dunia apabila mencatatkan skor 10-11. Tetapi, Popescu yang berusia 36 tahun, dan memiliki dua pingat Olimpik, terus menang 15-10.



Dengan peluh masih menitis di dahinya, Kiria berkata:

“Pada hujung pertandingan, saya terburu-buru sedikit kerana saya ingin mengekalkan momentum (setelah menjaringkan dua mata berturut-turut) dan juga kerana... saya tidak mempunyai banyak masa yang tinggal,’’ katanya kepada wartawan pada Sabtu (24 Julai).

Beliau menambah, pesaingnya melihat apa yang berlaku dan memanfaatkannya.



Popescu pernah memenangi pingat perak dalam perlawanan individu di Sukan Beijing pada 2008 dan pingat emas bagi acara berpasukan di Rio lapan tahun kemudian.

Jurulatih Kiria,  Henry Koh, menyatakan bahawa berdasarkan pertunjukan Kiria pada Sabtu, pengetahuan taktikal dan semangat mentalnya “naik setengah tahap lagi”..

“Fikirkan, adakah anda benar-benar meningkatkan kekuatan atau kemahiran dalam tiga hari? Tidak, apa yang bezakan ialah di sini,’’ katanya, sambil menunjukkan kepalanya.

Ini adalah penampilan sulung Kiria di Sukan Olimpik.

Mahasiswi jurusan kimia di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu telah berkecimpung selama 13 tahun dalam sukan lawan pedang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >