Premium
Ancelotti buka tirai kerjaya dengan kemenangan
Dec 28, 2019 | 5:30 AM
CAPAI KEJAYAAN SULUNG: Pengurus baru Everton, Carlo Ancelotti, berjaya membantu anak buahnya menumbangkan Burnley 1-0 dalam perlawanan sulungnya. - Foto AP -
LIVERPOOL: Carlo Ancelotti membuka tirai kerjayanya sebagai pengurus Everton dengan tiga mata penuh setelah pasukannya menewaskan Burnley dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan yang dipenuhi emosi.
Jurulatih asal Italy berusia 60 tahun itu yang telah memenangi kejuaraan berganda - Liga Perdana England dan Piala FA - sebagai pengurus Chelsea pada musim 2009/2010 mengambil teraju Everton minggu lalu dan menerima sambutan penuh semangat penyokong Everton apabila beliau diperkenalkan sebelum perlawanan bermula.

