Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klopp didakwa FA atas kelakuan semasa dilayang kad merah

Oct 20, 2022 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) selepas dibuang padang ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Manchester City.

Klopp dibuang padang selepas dilihat bertekak dengan pembantu pengadil apabila kesalahan tidak diberikan terhadap kekasaran pemain City ke atas Mohamed Salah (gambar atas).

Bagaimanapun Klopp telah memohon maaf selepas perlawanan tersebut.

"Saya tidak berbangga dengan insiden itu. Saya layak menerima kad merah, dan cara saya bertindak ketika itu adalah tidak wajar," akui Klopp.

Klopp telah didakwa kerana melanggar peraturan FA E3 - kesalahan yang meliputi komen yang mengancam, menghina dan tidak senonoh hingga menjejas perlawanan.

Pengurus Liverpool itu mempunyai masa sehingga Jumaat untuk menjawab pertuduhan itu.

Namun beliau dibenarkan mengambil tempatnya di ruang pemain ganti bagi perlawanan menentang West Ham.

Berikutan kemenangan ke atas Manchester City itu, Klopp berkata beliau telah berjumpa pengadil, Anthony Taylor, dan "bercakap dengan tenang" mengenai bagaimana beliau merasakan tentang perlawanan tersebut. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg