Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Klopp gembira juara bertahan Liverpool 'hebat' di tangga ketiga

Kemenangan ke atas Palace dalam perlawanan akhir liga letak Chelsea di tangga keempat, halang Leicester ke Liga Juara-Juara musim depan
May 25, 2021 | 05:30 AM



ANFIELD: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata menebus musim mengecewakan ini dengan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan mencetuskan perasaan paling hebat, selepas pasukannya menewaskan Crystal Palace 2-0 semalam.



Kemenangan di Anfield itu bermakna Liverpool menamatkan musim EPL ini di tangga ketiga, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.



Prestasi Liverpool merosot secara drastik selepas Krismas lalu dan ia juga tewas dengan mudah kepada Real Madrid di suku akhir Liga Juara-Juara.



Namun, Klopp dan para pemainnya bangkit untuk memenangi lima perlawanan terakhir EPL dan melonjak di atas Chelsea serta Leicester City.



Meskipun pemain Liverpool memulakan perlawanan semalam dengan berhati-hati, mereka berjaya menguasai permainan dan mengutip semua tiga mata menerusi dua gol jaringan Sadio Mane.



Perlawanan itu berlangsung di depan hampir 10,000 penonton - kali pertama Anfield diisi penonton musim ini - dan sebahagian penonton turut bangkit memberi penghormatan terakhir kepada pengurus Palace Roy Hodgson, yang telah mengumumkan akan bersara selepas tirai musim dilabuh.



Hodgson pernah memimpin Liverpool selama lebih 30 perlawanan, tetapi gagal menambat hati penyokongnya.



Namun, pencapaian Hodgson sepanjang kerjaya 30 tahun dalam bola sepak tiada tolok bandingnya dan penyokong Liverpool tetap memberinya tepukan gemuruh.



Sorakan paling gemuruh, bagaimanapun, diperuntuk bagi pemain Liverpool dan pengurusnya.



"Luar biasa. Perasaan yang saya rasakan pada saat ini sukar diduga. Saya tidak fikir kami boleh mengakhiri musim ini di tangga ketiga selepas musim yang begitu mengecewakan," kata Klopp.



"Ini semua adalah kerana usaha gigih para pemain, dan saya bagai tidak percaya bagaimana kami telah melakukannya."



Pada awal Mac, Liverpool masih menduduki tangga kelapan selepas mengharungi musim yang dirundung kecederaan jangka panjang pada semua pemain pertahanan yang mengakibatkan pasukan itu mengalami prestasi merosot.



Ini termasuk enam kekalahan berturut-turut di Anfield.



Malah pada akhir April, Liverpool masih ketinggalan empat mata di belakan pasukan di tangga keempat, dengan musim berbaki lima perlawanan.



Namun ia berjaya memenangi semua perlawanan itu untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara dan meloncat atas Chelsea ke tempat ketiga.



"Pencapaian kami ini besar... jika ada orang berkata kami boleh melakukannya lima enam lapan minggu lalu, saya akan menunjukkan muka tidak percaya," kata Klopp.



"Cara kami berjuang menakjubkan... daripada tidak ke mana-mana, kami kini berada di Liga Juara-Juara. Itu adalah pencapaian hebat," kata Klopp.



Chelsea tewas 1-2 kepada Aston Villa di Villa Park, tetapi tetap melayakkan diri ke Liga Juara-Juara selepas Leicester terlepas melayakkan diri dua musim berturut-turut apabila ia tewas 2-4 kepada Tottenham Hotspur pada perlawanan terakhir EPL-nya.



Namun, malam terakhir liga musim ini kelmarin bermula dengan perkembangan kurang baik bagi Liverpool, setelah Jamie Vardy membuka tirai jaringan bagi Leicester.



Liverpool, yang mempunyai jurang gol lebih baik daripada Leicester, perlu sekurang-kurangnya menandingi keputusan Leicester untuk merampas tangga keempat daripadanya.



Akhirnya, Leicester, yang berada di empat tangga teratas lebih lama daripada Liverpool sepanjang musim ini, menggigit jari dan berpuas hati dengan kelayakan ke Liga Europa musim depan.



Liverpool kini boleh membuat persiapan bagi musim depan, dengan pemain tunggak pertahanannya, seperti Virgil Van Dijk dan Joe Gomes ,dijangka kembali cergas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >