Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klopp: Liverpool kini hadapi tekanan hebat

Oct 4, 2022 | 5:30 AM
WAJAH DITIMPA RISAU: Skuad kendalian Klopp kini berada di tangga kesembilan liga selepas meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan liga mereka setakat ini. - Foto EPA-EFE
WAJAH DITIMPA RISAU: Skuad kendalian Klopp kini berada di tangga kesembilan liga selepas meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan liga mereka setakat ini. - Foto EPA-EFE -

LONDON: Ia menjadi sesuatu yang biasa untuk Liverpool.

Buat kali kelima dalam tujuh perlawanan Liga Perdana musim ini, The Reds melepaskan gol pertama. Kali ini kepada pasukan Brighton yang bertenaga dan tidak gentar untuk menarik perhatian bos baru mereka, Roberto de Zerbi, Sabtu lalu.

Selepas memenangi 16 daripada 19 perlawanan mereka pada separuh kedua musim lalu untuk menamatkan hanya satu mata di belakang juara Manchester City, skuad kendalian Jurgen Klopp kini mendapati rancangan permainan mereka tidak menampakkan hasil sebelum separuh masa pertama.

Semangat melawan balik telah membantu mereka keluar daripada kekalahan dalam kempen sebelum ini dan ia nampak sebegitu Sabtu lalu tetapi pertahanan yang lemah sekali lagi membenarkan Seagulls menjaringkan gol lewat menerusi Leandro Trossard untuk merampas keputusan seri 3-3 sambil melengkapkan hatriknya.

Walaupun selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mendahului 3-2 pada separuh masa kedua, Klopp sendiri tidak yakin pasukannya akan menyudahkan perlawanan itu.

"Kami tidak cukup meyakinkan. Saya tidak boleh mengatakan saya 100 peratus yakin kami tidak akan melepaskan gol.

"Kami perlu berjuang melalui ini. Pemain boleh bermain dengan lebih baik. Kami memerlukan kestabilan, konsisten dan pertahanan terbaik," kata Klopp.

Satu mata itu meninggalkan Liverpool di tangga kesembilan dalam liga dan 11 mata di belakang pendahulu Arsenal, walaupun dengan satu perlawanan di tangan, dan Klopp tahu pasukannya perlu mencari semula apa yang hilang secepat mungkin.

Liverpool tidak tewas dalam Liga Perdana waktu ini musim lalu selepas memenangi empat dan seri tiga daripada tujuh perlawanan pertama mereka.

Bagaimanapun, mereka kini hanya berjaya meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan liga mereka setakat ini - kemenangan 9-0 menentang Bournemouth dan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle.

Tetapi dalam perlawanan menentang pasukan-pasukan yang dikendalikan Eddie Howe itu, The Reds dibolosi terlebih dahulu.

Dalam semua pertandingan, mereka telah melepaskan gol pertama dalam tujuh daripada sembilan perlawanan mereka musim ini dan Klopp tahu ini adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dengan cepat.

"Kami berada dalam tekanan. Kami mahu melakukan yang lebih baik, kami mahu lebih banyak mata, kami mahu berada lebih tinggi dalam kedudukan liga.

"Tetapi kami ketinggalan 0-2 kepada pihak lawan yang sangat bagus. Kami perlu terus berusaha," kata Klopp. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg