Premium
Klopp: Liverpool tidak perlu belanja macam Chelsea
Sep 12, 2020 | 5:30 AM
PEMBELIAN TIDAK JAMIN KEMENANGAN: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata pembelanjaan besar semasa tempoh pemindahan tidak menjamin kejayaan kelab. - Foto EPA-EFE -
LONDON: Mengeluarkan pembelanjaan besar dalam pasaran pemindahan seperti Chelsea semasa musim panas ini tidak menjamin kejayaan kerana kelab perlu bekerja keras di padang latihan untuk menggabungkan pemain baru, kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp.
Chelsea, yang dimiliki jutawan Russia Roman Abramovich, telah berbelanja sekitar £200 juta ($356 juta) untuk membawa masuk Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Ben Chilwell, sementara Thiago Silva dan Malang Sarr tiba di Stamford Bridge secara pemindahan percuma.

