Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Klopp mahu Fifa campur tangan hurai ‘masalah’ pemain Eropah pindah ke Saudi

Liverpool bakal menentang Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negara pada malam Rabu
Aug 01, 2023 | 08:20 PM



Tindakan kelab-kelab Liga Pro Saudi yang menggunakan gaji lumayan untuk memikat pemain utama dari Eropah untuk beraksi di Arab Saudi adalah satu ‘pengaruh buruk’ dan perlu ditangani, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Beliau juga berkata tempoh pemindahan pemain yang dibuka lebih lama di Saudi berbanding di Eropah juga tidak membantu keadaan dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) harus campur tangan.

“Kita akan perlu lihat sejauh mana pengaruh liga Saudi. Saya tidak tahu. Tapi, ia kelihatan seperti pengaruh buruk. Ia sangat besar pada masa ini.

“Apa yang sangat teruk adalah jendela pemindahan di Arab Saudi adalah tiga minggu lebih lama daripada Eropah. Itu tidak membantu. Fifa harus mencari huraiannya,” kata Klopp, yang telah kehilangan kapten pasukannya, Jordan Henderson dan pemain midfield, Fabinho kepada kelab Saudi.

Henderson telah menandatangani kontrak bersama Al-Ettifaq, manakala Fabinho baru-baru ini mengumumkan beliau akan menyarung jersi Al-Ittihad.

“Ia sudah pastinya mempengaruhi kami. Tapi, kami harus belajar bagaimana untuk menanganinya dan itulah yang telah kami lakukan,” kata Klopp lagi.

Beliau berkata demikian di sidang media di Singapura pada Selasa, menjelang perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan Bayern Munich di Stadium Negara pada hari selanjutnya.

Bermula 2017, kelab-kelab di Liga Super China menggoda beberapa bintang ternama seperti Carlos Tevez, Oscar dan Hulk dengan tawaran gaji yang lumayan. Namun strategi itu tidak berkekalan apabila beberapa kelab hilang pendanaan masing-masing selang beberapa tahun.

Semasa bertemu media, pengurus Bayern, Thomas Tuchel melahirkan pendapat yang serupa. Malah, beliau menyifatkan Liga Pro Saudi sebagai ‘lombong emas’, serupa dengan cara China juga memikat pemain utama Eropah ke negara itu tidak berapa lama dahulu.

Tuchel berkata: “Saya hanya memerhati keadaan baru ini... tapi ia mempunyai ciri-ciri serupa dengan keadaan apabila China memulakan liga mereka.”

“Liga Pro Saudi seperti lombong emas... dan ia bertujuan menjadi liga yang lebih popular dan yang lebih terkenal, termasuk membina jenama tersendiri dengan memikat pemain dan jurulatih bermutu tinggi.

Seperti Klopp, Tuchel juga telah kehilangan seorang pemain, Sadio Mane yang akan menyertai Cristiano Ronaldo dan Marcelo Brozovic di Al Nassr di Saudi.

Menurut Tuchel, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Mane dan walaupun kecewa, berasa perkembangan itu adalah huraian yang terbaik bagi kelab tersebut dan Mane.

Mane, 31 tahun meninggalkan Bayern selepas mengharungi musim pertama yang hambar di Bayern. Namun pemergiannya itu difahami juga berhubungan dengan pertelingkahannya dengan rakan sepasukan Leroy Sane.

Mengulas mengenai perkara itu, Tuchel berkongsi mereka berpeluk lama setelah mendapat tahu tentang pemindahan Mane.

“Kami setuju bahawa kami tidak menyukai apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi, kami fikir pemindahan itu juga yang terbaik dalam keadaan ini.

“Kadangkala, ia tidak berlaku sepertimana yang kita jangkakan. Secara peribadi, saya menjalin hubungan yang baik dengannya dan ini akan kekal sebegitu,” kata Tuchel.

Dalam pada itu, kededua Liverpool dan Bayern telah mengorak langkah untuk memperkukuh pasukan masing-masing bagi musim akan datang.

Sebagai contoh, demi mengisi kekosongan dalam midfield yang ditinggalkan Henderson dan Fabinho, Liverpool telah membawa masuk rekrut baru, Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister.

Kededua pemain itu telah diturunkan oleh Klopp bagi tiga perlawanan pramusim Liverpool setakat ini.

Namun, ‘ujian’ perlawanan dengan Bayern adalah yang terbesar kata Klopp.

“Bayern, secara tradisi adalah pasukan yang sangat hebat. Mereka ada empat pemain bek tengah bertaraf dunia, dua pasangan midfield bertaraf dunia dan penyerang yang pantas dengan teknik kemahiran menjaringkan gol yang baik…Kami inginkan lawan kuat dan kami dapat lawan kuat. 

“Jadi inilah lawan ujian paling mencabar dalam pramusim kami tapi perlawanan seperti ini yang diperlukan kami semasa membuat persiapan bagi cabaran musim depan,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >