Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU LIVERPOOL LWN ARSENAL

Klopp masih mampu gugat Arsenal jadi juara?

Apr 09, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Liverpool akan terus berusaha untuk mengembalikan rentak kemenangannya yang pernah diraihnya pada tahun-tahun sudah, dan melupakan kekalahan teruk di tangan Manchester City Sabtu lalu semasa bertemu Arsenal pada Ahad malam.



Malah Liverpool masih mampu memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang Liga Perdana England (EPL) tahun ini.



Pasukan pimpinan Jurgen Klopp itu gagal mengatasi Manchester City, yang merupakan pencabar utama kepada pendahulu liga, Arsenal.



Pada Rabu lalu pula, Liverpool hanya mampu seri semasa bertemu Chelsea di padang lawan.



Dalam perlawanan tersebut, Klopp membuat enam pertukaran menyusuli kekalahan teruk pasukannya di tangan Manchester City.



Yang pasti barisan midfield Liverpool perlu diberi penuh perhatian sekiranya mereka ingin mengukuhkan pasukan itu.



Sebelum perlawanan menentang Manchester City, Klopp secara terbuka mendedahkan bahawa pasukan bimbingannya itu perlu menjalani perubahan.



"Selepas tujuh tahun, sememangnya jelas bahawa kita perlu lakukannya (perbaiki skuad)," kata Klopp.



"Dari segi corak permainan, kami terlalu pasif, terlalu terbuka, terlalu jauh daripada apa-apa jua.



"Perkara sebegini tidak boleh berlaku. Namun ia masih berlaku.



"Akhirnya kami seperti terpaksa tunduk dengan apa yang City ingin lakukan. Mujur juga mereka tidak 'gelojoh' untuk jaringkan lebih banyak gol.



"Selain daripada itu, tiada apa yang boleh diperkatakan tentang perlawanan ini. Ia satu perlawanan dengan banyak perkara tidak sepatutnya berlaku. Kita mesti mencabar semasa dalam kawasan-kawasan utama dan tidak boleh terlalu terbuka," katanya lagi.



Semasa menentang Chelsea pula, Klopp tidak menurunkan Mohamed Salah serta pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson, dalam kesebelasan utama sementara Virgil van Dijk mengalami masalah kesihatan sedang Liverpool dilihat jarang menguji penjaga gawang Chelsea, Kepa Arrizabalaga.



Keputusan itu tidak membantu Liverpool mengejar empat kedudukan teratas Liga Perdana England (EPL).



Jika dinilai, Liverpool perlu memperkukuh bahagian midfieldnya.



Menurut beberapa laporan, pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham, melahirkan minat untuk menyertai Liverpool.



Pemain berusia 19 tahun itu menyerlah bersama Dortmund sepanjang beberapa musim lalu dan selain Liverpool, Real Madrid juga sebuah lagi pasukan yang dilaporkan berminat dengan pemain muda ini.



Malah Manchester City juga melahirkan minat ke atas pemain itu.



ARSENAL pula dijangka terus berusaha mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas EPL apabila berkunjung ke Anfield Ahad malam.



Arsenal yang merupakan favorit perlawanan ini membuktikan mengapa mereka layak untuk menjuarai EPL selepas membelasah Leeds United 4-1 pada Sabtu lalu, di padang sendiri.



Arsenal menunjukkan kematangan sepanjang perlawanan dengan mengawal permainan.



Dua gol oleh penyerang Brazil, Gabriel Jesus, dan satu gol oleh Ben White serta Xhaka cukup memberi kemenangan selesa buat Arsenal.



Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memuji mentaliti pasukannya selepas kemenangan tersebut.



Namun Arteta mengesahkan bahawa skuad kendaliannya berhadapan dengan masalah demam. Salah seorang pemainnya, Bukayo Saka, tidak dapat diturunkan semasa perlawanan menentang Leeds itu.



"Apa yang boleh kami kawal, kami akan lakukan.



"Selepas perlawanan antarabangsa, kami hadapi banyak masalah yang menjejas beberapa pemain dan yang penting bagaimana reaksi seluruh pasukan terhadap isu tersebut. Di luar dugaan, setiap seorang ingin terus terlibat dalam semua perlawanan dan hasilnya, kami menang dengan keputusan yang memuaskan.



"Ia sesuatu yang baik," tambahnya.



Sementara itu Arteta lahirkan hasrat agar salah seorang pemain terbaik mereka, William Saliba, akan dapat menyertai sama pasukannya semasa bertandang ke Liverpool. Sejauh ini pemain asal Perancis itu hanya terlepas dua perlawanan liga musim ini selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Sporting CP pada Mac.



"Beliau sedang beransur pulih, namun beliau masih rasa tidak selesa di bahagian belakang tubuhnya.



"Namun saya yakin beliau akan pulih dan bersedia untuk perlawanan ini," kata Arteta. - Agensi berita.




PUNCA KALAH TERUK DIBELASAH MAN CITY



"Selepas tujuh tahun, sememangnya jelas bahawa kita perlu lakukannya (perbaiki skuad).
Dari segi corak permainan, kami terlalu pasif, terlalu terbuka, terlalu jauh daripada apa-apa jua.
Perkara sebegini tidak boleh berlaku. Namun ia masih berlaku.
Akhirnya kami seperti terpaksa tunduk dengan apa yang City ingin lakukan. Mujur juga mereka tidak 'gelojoh' untuk jaringkan lebih banyak gol.''



- Juergen Klopp.



SEMANGAT JUANG HEBAT!



"Apa yang boleh kami kawal, kami akan lakukan.
Selepas perlawanan antarabangsa, kami hadapi banyak masalah yang jejas beberapa pemain dan yang penting bagaimana reaksi seluruh pasukan terhadap isu tersebut.
Di luar dugaan, setiap seorang ingin terus terlibat dalam semua perlawanan dan hasilnya, kami menang dengan keputusan yang memuaskan.
Ia sesuatu yang baik.''



- Mikel Arteta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >