Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU LIVERPOOL LWN CRYSTAL PALACE

Klopp menyinga! Viera dalam bahaya

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Selepas seri 2-2 dengan Fulham dalam perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana England, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata pasukannya memerlukan peningkatan mendadak dalam prestasi mereka di padang sekiranya mereka mahu terus terlibat secara bermakna dalam saingan bagi mahkota liga musim ini.



Kata-kata 'keras' yang diluahkan Klopp dalam hanya perlawanan pertama liga mencerminkan 'standard' tinggi yang diletakkan pengurus asal Jerman itu ke atas pasukannya, yang telah memacu kejayaan Liverpool sejak beberapa tahun lalu.



"Persembahan, prestasinya tidak baik (semasa menentang Fulham)... satu-satunya perkara positif ialah kami berjaya menyamakan kedudukan dua kali, itu saja.



"Jadi satu peningkatan mendadak diperlukan jika tidak musim ini akan berlalu begitu pantas dan tiba-tiba kita mendapati diri kita dalam kedudukan yang amat sukar," ujarnya.



Sedang anak buah Klopp gagal menunjukkan prestasi mereka yang sebenar dalam perlawanan di Craven Cottage itu, hakikatnya ia tetap satu persembahan yang baik sedang mereka berdepan dengan saingan daripada Fulham, yang begitu bersemangat menunjukkan keupayaan mereka setelah kembali beraksi dalam Liga Perdana England sekali lagi tahun ini, setelah dinaikkan daripada Liga Championship.



"Mereka tidak bermain dengan baik, betul, tapi mereka juga tidaklah begitu teruk," kata pengamat bola sepak dan legenda Liverpool, Jamie Carragher.



"Tapi Klopp tahu bahawa liga ini sangat kompetitif dan (Manchester) City - pesaing utama mereka - dan lain-lain pasukan seperti Chelsea tidak akan keciciran begitu banyak mata. Jadi setiap mata itu berharga," tambah beliau.



Ini merupakan satu khabar yang tidak ingin didengar oleh pengurus Crystal Palace, Patrick Viera, yang membawa pasukannya bertandang ke Anfield dalam perlawanan awal pagi esok (3 pagi waktu Singapura).



Palace yang tewas 0-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Arsenal telah mendapat pujian atas persembahan mereka yang telah memberi ujian sengit kepada Arsenal.



Malah, Palace menguasai sebahagian besar perlawanan dan merintis beberapa peluang jaringan yang baik, selepas keciciran satu gol. Malangnya, mereka gagal menyempurnakan peluang-peluang tersebut.



Meskipun akur dengan persembahan yang baik itu, Viera berkata pasukannya perlu meningkatkan lagi prestasi mereka di Anfield.



"Saya bangga dengan semangat, cara permainan dan kegigihan pemain meskipun kami tewas...namun perlawanan menentang Liverpool di Anfield, adalah cabaran yang berbeza," tegas Viera.



"Pemain harus bersedia dan fokus 100 peratus. Tiada ruang untuk kesilapan di bahagian pertahanan, benteng kami juga harus lebih kukuh, gigih menutup semua ruang-ruang kerana barisan serangan Liverpool pandai bermain dalam ruang-ruang kecil ini.



"Pastinya ia sukar, cabaran yang besar, tapi pemain saya sudah bersedia untuk bangkit dari kekalahan minggu lalu dan menyahut cabaran besar ini," tambah Viera.



Bekas penyerang Palace dan Arsenal, yang kini bertugas sebagai pengamant bola sepak, Ian Wright, berkata jika beliau Viera, beliau akan bimbang dengan cabaran daripada Liverpool itu.



"Saya rasa ia adalah minggu yang sukar bagi para pemain Liverpool di padang latihan. Klopp jelas tidak puas hati dengan apa yang berlaku di Fulham, walaupun mereka mendapat 1 mata, dan saya rasa rasa tidak puas hati itu telah beliau alihkan ke padang latihan.



"Beliau pastinya akan menekankan kepada pemainnya bahawa persembahan tersebut tidak boleh diterima dan mereka harus meningkatkan persembahan mereka.



"Saya pasti, Liverpool adalah pasukan yang hebat dengan pemain yang hebat, dan mereka akan menyahut cabaran Klopp itu sepenuhnya dan Palace akan menjadi mangsa," kata Wright.



Liverpool dijangka mempunyai hampir kesemua pemainnya kecuali pemain 'midfield' Thiago yang cedera dan dijangka tidak dapat beraksi buat beberapa minggu.



Palace pula mempunyai semua pemain mereka untuk dipilih namun impian Viera untuk mendapatkan tenaga pemain Chelsea, Conor Gallagher, untuk perlawanan menentang Liverpool tidak kesampaian.



Gallagher telah menyarung jersi Palace musim lalu dan merupakan pemain terbaik mereka. Difahamkan pemain itu sendiri mahu kembali ke Selhurst Park sebagai pemain pinjaman dan rundingan antara kededua kelab masih dijalankan. - Agensi berita.




PERLAWANAN PERTAMA: FULHAM 2 LIVERPOOL 2 PALACE 0 ARSENAL 2



"Persembahan, prestasinya tidak baik (semasa menentang Fulham)... satu-satunya perkara positif ialah kami berjaya menyamakan kedudukan dua kali, itu saja.
Jadi satu peningkatan mendadak diperlukan jika tidak musim ini akan berlalu begitu pantas dan tiba-tiba kita mendapati diri kita dalam kedudukan yang amat sukar.''
- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.



"Saya bangga dengan semangat, cara permainan dan kegigihan pemain meskipun kami tewas ( di tangan Arsenal) ... namun perlawanan menentang Liverpool di Anfield, adalah cabaran yang berbeza.''
- Pengurus Crystal Palace, Patrick Viera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >