Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp nafi khabar angin beliau ingin tinggalkan Liverpool

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp berkata "orang ramai tidak perlu bimbang mengenai dirinya" sambil beliau menolak khabar angin yang tular di media sosial yang beliau bersedia untuk meninggalkan Liverpool untuk berehat.



Pasukan The Reds itu kalah buat tiga kali berturut-turut setelah tewas 3-1 di tangan Leicester City Sabtu lalu.



Kekalahan itu bermakna Liverpool tercicir dari kedudukan empat tangga teratas, 13 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.



"Adakah saya akan dipecat atau saya letak jawatan? Saya tidak perlu berehat," kata Klopp dengan nada sinis.



Klopp baru-baru ini tidak dapat pulang ke Jerman untuk hadir di upacara perkebumian ibunya ekoran sekatan perjalanan Covid-19.



Meskipun dengan kemerosotan Liverpool, Klopp terus mendapat sokongan sebahagian besar penyokong kelab tersebut.



"Saya terharu dengan sokongan tersebut, tapi ia tidak diperlukan. Saya tidak merasakan saya perlu sokongan khas buat masa ini," kata Klopp.



"Saya tidak mahu berbicara mengenai perkara peribadi dalam sidang media, namun secara peribadi ini adalah masa-masa sukar. Tapi kita perlu menanganinya sebagai sebuah keluarga," ujar beliau lagi.



Klopp akur perjuangan Liverpool untuk mempertahankan mahkota Liga Perdana sudah berakhir ekoran kekalahan di tangan Leicester, dan lebih penting lagi setelah musim pasukannya diganggu kecederaan sekali gus melihat mereka mengutip hanya sembilan daripada 30 mata.



Pengurus asal Jerman itu menambah: "Orang ramai tidak perlu bimbang mengenali diri saya. Saya kurang tidur tapi saya masih bertenaga. Saya masih semangat memikul cabaran ini." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >