Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp sedang lalui 'tempoh paling muram'

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata beliau sedang melalui tempoh paling muram dalam kerjaya dua dekad sebagai pengurus, selepas Liverpool tewas kali keenam di tempat sendiri - 0-1 di tangan Fulham - semalam.



Liverpool, yang memena ngi Liga Perdana Eng land (EPL) dengan 18 mata musim lalu, sebe lum ini mengharungi 68 perlawanan liga tanpa tewas di Anfield.



"Saya tidak selalu menikmati hari-hari terbaik," kata Klopp, selepas kekalahan itu.



Musim lalu, Klopp dan Liverpool dipuji selepas memenangi kejuaraan pertama dalam 30 tahun. Musim ini, form cemerlang itu meninggalkan mereka dan mereka mengutip hanya 43 mata daripada 28 perlawanan.



Mereka tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir liga, merumitkan harapan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Ditanya wartawan apakah beliau sedang mengharungi tempoh paling muram sebagai pengurus, Klopp berkata: "Saya ingin menjawab tidak, tetapi ia satu kenyataan.



"Mungkin pasukan kami pasukan ekstrem. Kami begitu berjaya musim lalu, tetapi kini kami mengalami keadaan ekstrem sebegini pula. Namun kami akan berjuang untuk mengatasi keadaan ini."



Dari Jerman, Klopp, 53 tahun, memimpin Borussia Dortmund menjuarai dua kejuaraan Bundesliga berturut-turut pada musim 2010-11 dan 2011-12.



Namun, Dortmund mengakhiri 2012-13 25 mata di belakang Bayern Munich dan Klopp meninggalkan kelab itu musim seterusnya.



Menjadi pengurus Liverpool Oktober 2015, Klopp menikmati permulaan baik, memimpin Liverpool ke final Liga Juara-Juara 2018 tetapi tewas pada Real Madrid.



Pada musim seterusnya Liverpool memenangi trofi itu selepas menewaskan Tottenham Hotspur.



Pada musim 2019-20, Liverpool memenangi kejuaraan EPL selepas hanya 31 perlawanan, memecah rekod pasukan paling awal memenangi trofi itu dalam semusim.



Tetapi, enam kekalahan Liverpool di Anfield musim ini ialah yang paling banyak bagi mereka sejak 1953-54, apabila mereka mengakhiri musim itu sebagai pasukan corot. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >