Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp 'tidak benar' pemain sertai perlawanan antarabangsa jika kena kuarantin

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah mengugut untuk melarang pemain bermain dalam perlawanan antarabangsa bulan ini sekiranya mereka harus menjalani kuarantin sejurus pulang, di bawah peraturan koronavirus.



Ketibaan di Britain dari negara-negara "Senarai Merah" harus menjalani pengurungan hotel selama 10 hari, yang akan dikenakan kepada tiga pemain Brazil, Alisson Becker, Roberto Firminho dan Fabinho dan penyerang Portugal, Diogo Jota.



Badan pentadbir dunia Fifa telah memberikan kelab pengecualian untuk menghalang pemain yang mungkin terjejas oleh peraturan itu daripada menyertai negara mereka untuk bersaing, yang termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.



Dan Klopp, yang benar-benar ingin mengenakan larangan itu, mengatakan: "Saya fikir semua kelab setuju dengan masalah yang sama, kita tidak boleh biarkan sahaja pemain pergi dan kemudian menyelesaikan situasi apabila mereka pulang dengan menempatkan pemain menjalani kuarantin 10 hari dalam hotel, ia mustahil.



"Saya faham keperluan setiap FA (Persatuan Bola Sepak) tetapi ia bukan masanya di mana kita boleh membuat semua orang gembira dan kita harus akui pemain dibayar oleh kelab-kelab lantas ia bermakna kami harus menjadi keutamaan."



Alisson dijangka kembali bermain apabila Liverpool melawat Chelsea semalam setelah terlepas beraksi dalam kemenangan pasukan di Sheffield United kerana kehilangan bapanya akibat kemalangan berenang di Brazil.



Penghuni tempat keenam Liverpool, yang satu mata di belakang Chelsea dalam perlumbaan menempah tempat empat pasukan teratas, belum menang di padang sendiri sejak pertengahan Disember dengan harapan untuk mempertahankan kejuaraan mereka juga musnah.



Berucap di sidang media praperlawanan kelmarin, Klopp berkata Chelsea, yang masih belum kalah di bawah bos baru Thomas Tuchel, akan menjadi sukar untuk ditewaskan.



"Ia agak sukar untuk memiliki lebih penguasaan bola daripada Chelsea," katanya.



"Anda harus mempertahankan benteng, bekerja keras, anda harus bersabar merebut peluang dan menunjukkan keinginan untuk bertahan sepanjang perlawanan sebab mereka adalah pasukan mantap." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >