Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FOKUS BINTANG LIGA PERDANA ENGLAND

Kombinasi gol Kane-Son dijangka catat rekod

epl
Jan 11, 2021 | 05:30 AM



KETAJAMAN Son Heung-min dan Harry Kane di barisan depan Tottenham Hotspur musim ini bukan sahaja membantu kelab itu berada di ambang memenangi trofi pertama, malah memahat nama mereka dalam sejarah Liga Perdana England (EPL).



Son menjaringkan satu lagi gol untuk membantu Spurs menewaskan Brentford dan melangkah ke final Piala EFL musim ini, tetapi rekod beliau dan Kane dalam liga musim ini lebih luar biasa.



Dalam perlawanan liga dengan Leeds awal tahun ini, kededua kapten Korea Selatan dan kapten England itu bergabung untuk membantu Spurs menewaskan Leeds 3-0 dan memastikan pasukan dari London itu memulakan Tahun Baru dengan kemenangan.



Malah, gol yang dicipta Kane bagi Son itu adalah yang ke-13 dijaringkan bersama oleh kededua pemain, menyamai rekod kombinasi gol dalam liga terunggul di England.



Dengan liga berbaki 22 perlawanan, ramai pemerhati bola sepak di England berkata jangkaan rekod itu bukan hanya akan dipecahkan oleh gabungan Kane-Son, malah kededua pemain itu akan mencatat rekod yang sukar dipecahkan pada masa depan.



Kali terakhir keadaan sedemikian berlaku dalam EPL adalah pada musim 1994-95, yang menyaksikan Chris Sutton dan Alan Shearer bergabung dengan begitu baik untuk membantu Blackburn memenangi kejuaraan liga.



Kombinasi yang melahirkan 13 gol pada musim itu dicapai dalam tempoh semusim.



Son dan Kane, bagaimanapun, menyamainya dalam hanya 16 permainan.



"Dalam liga ini, ada banyak pemain hebat di mana-mana sahaja... malah dalam kelab-kelab di mana anda tidak menjangka ada pemain yang hebat," kata pengurus Spurs Jose Morinho.



"Namun saya akur Sonny dan Harry sedang melakukan perkara yang istimewa tahun ini... pergerakan mereka di bahagian pertahanan lawan menyokong satu sama lain."



Tuah mungkin memain peranan, tetapi kededua Kane dan Son juga berusaha gigih meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.



Baru-baru ini, Son berkata mereka sering berbincang bagaimana hendak bekerjasama di padang sebelum perlawanan bermula.



"Kami bekerja keras dan telah berbuat demikian sejak dulu lagi," kata Son, yang menjaringkan gol ke-100 bagi Spurs bagi semua perlawanan dalam perlawanan dengan Leeds.



"Ada kalanya kami seolah-olah tahu posisi satu sama lain... kadangkala kami memberitahu satu sama lain ke mana hendak dituju (di padang)," kata Son.



Kecemerlangan Son dan Kane musim ini mencadangkan mereka akan memecah rekod bagi jumlah kombinasi tertinggi yang menghasilkan gol musim ini.



Kane juga hanya kurang satu ciptaan gol untuk merakam rekod bagi bilangan gol terbanyak yang dicipta seseorang pemain bagi seseorang pemain khusus dalam satu musim EPL.



Sehingga perlawanan Leeds, Kane telah mencipta atau merintis sembilan peluang gol bagi Son musim ini.



Malah, kededua Son dan Kane hanya kurang lima gol untuk mengatasi bilangan gol tertinggi yang dijaringkan kombinasi dua pemain dalam sejarah EPL.



Pemerhati bola sepak di England berkata mereka tidak pernah melihat kombinasi pasangan penjaring gol setajam Kane dan Son.



Bekas pemain Manchester United Rio Ferdinand, yang telah beraksi seiring beberapa penyerang terhebat dunia, berkata Kane mengingatkan beliau kepada Wayne Rooney.



"Rooney gemar bermain dengan cara mengisi ruang kosong antara midfield dengan barisan penyerang dan mencipta gol dari posisi itu. Beliau boleh melakukan apa sahaja di posisi tersebut.



"Bagi saya, pemain terakhir yang saya lihat mampu beraksi serupa Kane dari segi bilangan gol dan merintis gol adalah Thiery Henry (bekas kapten Arsenal)," kata Ferdinand.



Bekas pemain Spurs Jermain Jenas berkata Kane, pada usia 27 tahun, kini kian matang dan menjadi pemain yang lebih baik.



"Cara beliau mengumpan bola menakjubkan... dan seolah-olah beliau menjadi lebih baik apabila semakin berusia," ujar Jenas.



Bekas pemain midfield Everton Leon Osman berkata gabungan Kane-Son adalah gabungan yang sempurna.



"Mereka bukan sahaja boleh memecah rekod 13 gol, malah boleh menggandakannya.



"Buat masa ini, mereka menunjukkan persefahaman dan keseimbangan yang hebat.



"Kane kerap merintis peluang gol dari bahagian tengah padang dan Son menggunakan kepantasannya berlari untuk menarik pemain pertahanan ke seluruh padang.



"Keseimbangan ini hebat dan ia antara faktor utama yang membuat pasukan Spurs begitu bahaya musim ini," kata Osman.



Bersependapat, Micah Richards, bekas pemain pertahanan Manchester City berkata:



"Mungkin Spurs boleh dipersalahkan kerana terlalu bergantung pada Son-Kane tetapi setiap pasukan akan bergantung pada pemain terhebat mereka." - Agensi berita.




APA PANDANGAN BINTANG LAIN



"Mereka bukan sahaja boleh memecah rekod 13 gol, malah boleh menggandakannya. Buat masa ini, mereka menunjukkan persefahaman dan keseimbangan yang hebat.



Kane kerap merintis peluang gol dari bahagian tengah padang dan Son menggunakan kepantasannya berlari untuk menarik pemain pertahanan ke seluruh padang.



Keseimbangan ini hebat dan ia antara faktor utama yang membuat pasukan Spurs begitu bahaya musim ini."
- Leon Osman, bekas pemain midfield Everton.




"Mungkin Spurs boleh dipersalahkan kerana terlalu bergantung pada Son-Kane tetapi setiap pasukan akan bergantung pada pemain terhebat mereka."
- Micah Richards, bekas pemain pertahanan Manchester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >