Premium
Korea kejutkan Thai, bukti reputasi 'gergasi baru'
Mar 15, 2016 | 5:30 AM
TAHNIAH!: Regu juara Korea mendapat ucapan tahniah daripada Abdul Halim Kader (empat dari kanan) yang merupakan juga presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) serta beberapa tokoh setempat termasuk timbalan mayor Jeongeup-si, Yang Shum Mu (paling kanan). - Foto ASTAF -
KOREA Selatan membuktikan reputasi mereka sebagai antara 'gergasi' baru sukan sepak takraw di rantau ini apabila menjuarai kejohanan Asia Kedua yang berakhir hujung minggu lalu.
Kejayaan regu 'A' - Korea sebagai hos menurunkan dua regu dalam kejohanan ini - kali ini lebih 'menggegarkan' apabila menewaskan negara yang secara tradisi merupakan pasukan nombor satu sukan ini di dunia - Thailand.

