Koronavirus: Fifa usul perlawanan antarabangsa Mac-Apr digantung, EPL gantung perlawanan sehingga 3 Apr 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Fifa usul perlawanan antarabangsa Mac-Apr digantung, EPL gantung perlawanan sehingga 3 Apr 

Mar 14, 2020 | 1:00 PM

Koronavirus: Fifa usul perlawanan antarabangsa Mac-Apr digantung, EPL gantung perlawanan sehingga 3 Apr 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dua orang berlari anak di luar Stadium Anfield di Liverpool pada 14 Mac. Perlawanan Liverpool dengan Crystal Palace pada hujung minggu ini telah digantung kepada tarikh selepas 3 April, seperti semua perlawanan Liga Perdana England yang lain.
Dua orang berlari anak di luar Stadium Anfield di Liverpool pada 14 Mac. Perlawanan Liverpool dengan Crystal Palace pada hujung minggu ini telah digantung kepada tarikh selepas 3 April, seperti semua perlawanan Liga Perdana England yang lain. - REUTERS

Koronavirus: Fifa usul perlawanan antarabangsa Mac-Apr digantung, EPL gantung perlawanan sehingga 3 Apr PARIS: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah mengusul supaya semua perlawanan bola sepak antarabangsa yang dijadual bagi Mac dan April ditangguhkan kerana penularan koronavirus.

Badan berkuasa bagi bola sepak itu tidak melarang perlawanan antarabangsa diteruskan tetapi berkata kelab-kelab dibenarkan supaya menolak permintaan pasukan national untuk supaya menghantar pemain ke latihan atau perhimpunan pasukan nasional pada bulan ini dan April.

Dalam kenyataannya, Fifa berkata ia sedang berusaha untuk menjadualkan semula perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia 2022 di Asia dan Amerika Selatan yang kini ditangguh.

Beberapa jam sebelum ia mengeluarkan kenyataan itu, Liga Perdana England, Liga Bola Sepak England serta Liga Super Wanita dan Championship berkata ia akan menggantung semua perlawanan sehingga 3 April atas sebab yang serupa.

Penggantungan perlawanan itu suatu yang tidak pernah dilakukan dan menyusuli pendedahan bahawa beberapa kakitangan kelab EPL, termasuk pemain dan jurulatih sedang menunjukkan simptom Covid-19. Ini termasuk pengurus Arsenal Mikel Arteta dan pemain Chelsea Callum Hudson-Odoi. - Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg