Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Perlawanan Perisai Masyarakat AIA akan diteruskan; Hougang United ganti Brunei DPMM

Feb 18, 2020 | 9:52 PM
Hougang United mengakhiri musim Liga Perdana Singapura 2019 di tempat ketiga iaitu pencapaian terbaik kelab itu dalam liga. - Foto SINGAPORE PREMIER LEAGUE
Hougang United mengakhiri musim Liga Perdana Singapura 2019 di tempat ketiga iaitu pencapaian terbaik kelab itu dalam liga. - Foto SINGAPORE PREMIER LEAGUE -

PENGHUNI tempat ketiga Liga Perdana Singapura 2019, Hougang United, akan menggantikan juara liga musim lalu, Brunei DPMM, untuk bertemu Tampines Rovers dalam perlawanan Perisai Masyarakat AIA pada Sabtu ini (22 Februari), umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada petang Selasa (18 Februari).

Penggantian ini susulan kenyataan badan bola sepak negara itu pada malam Isnin (17 Februari) mengatakan bahawa DPMM tidak dapat beraksi dalam perlawanan tersebut akibat larangan perjalanan yang dikenakan kepada kelab asal Brunei itu.

Tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keadaan koronavirus di Singapura buat masa ini.

Dalam kenyataannya Selasa ini, FAS berkata perlawanan di Stadium Jalan Besar itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada Sabtu, 6 petang.

"Tampines Rovers FC kini akan menentang pasukan tempat ketiga Liga Perdana Singapura 2019, Hougang United, yang menggantikan Brunei DPMM FC," katanya.

FAS menambah bahawa ia akan mengambil langkah berjaga-jaga di tengah-tengah wabak virus di sini.

"Sebagai langkah berjaga-jaga dan protokol bagi orang awam FAS, harap maklum pemeriksaan suhu badan wajib dijalankan sebelum kemasukkan penyokong ke dalam stadium," katanya lagi.

Penyokong boleh membeli tiket mulai Rabu (19 Februari) di laman web FAS atau pada hari perlawanan di Stadium Jalan Besar mulai 3 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg