SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Koronavirus: 'Realistik tangguh Sukan Olimpik Tokyo 1-2 tahun', kata anggota jawatankuasa penganjur

Koronavirus: 'Realistik tangguh Sukan Olimpik Tokyo 1-2 tahun', kata anggota jawatankuasa penganjur

Mar 11, 2020 | 12:22 PM

Koronavirus: 'Realistik tangguh Sukan Olimpik Tokyo 1-2 tahun', kata anggota jawatankuasa penganjur

MUNGKIN DITANGGUH: Sukan Olimpik Tokyo 2020 diijadual bermula pada 24 Julai.
MUNGKIN DITANGGUH: Sukan Olimpik Tokyo 2020 diijadual bermula pada 24 Julai. - - Foto REUTERS

TOKYO: Sukan Olimpik 2020 boleh dianjak antara satu dengan dua tahun jika ia tidak diadakan di Tokyo seperti yang dijadualkan pada musim panas ini akibat penularan koronavirus, kata seorang lembaga eksekutif Jawatankuasa Sukan Olimpik Tokyo.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal pada Rabu (11 Mac), Haruyuki Takahashi, salah seorang daripada 25 anggota jawatankuasa penganjur berkata bahawa lembaga itu belum lagi membincangkan kesan virus terhadap temasya sukan itu.

Kali terakhir mereka bertemu adalah Disember lalu, sebelum penularan wabak virus.

Beliau menambah kerugian kewangan amat besar, jika temasya sukan empat tahunan itu dibatalkan atau diadakan tanpa penonton.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 diijadual bermula pada 24 Julai ini. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg