Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Koulibaly: 'John Terry...boleh saya pakai jersi nombor 26 awak?'

Aug 03, 2022 | 06:24 AM

LONDON: Pemain baru Chelsea, Kalidou Koulibaly berkata beliau telah menghubungi bekas kapten John Terry untuk memohon menggunakan nombor jersi beliau.

Koulibaly, yang berasal dari Senegal, menyertai Chelsea dari kelab Serie A Italy, Napoli, dua minggu lalu dan baru-baru ini menyiarkan video di media sosial berkenaan perkara itu.

Beliau berkongsi dengan penonton perbualannya dengan Terry.

"John, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda," kata Koulibaly dalam video itu.

"Sebagaimana yang anda tahu, saya menyarung jersi nombor 26 di Napoli dan sejak anda meninggalkan Chelsea, tiada pemain lain yang menuarung jersi nombor itu.

"Saya tidak tahu mengapa nombor itu bak tidak digunakan lagi, tetapi saya ingin bertanya sama ada saya boleh menyarunfnya."

Terry, yang meninggalkan Chelsea pada 2017, memakai jersi nombor 26 itu sepanjang hampir 20 tahun di kelab yang berpangkalan di London itu.

"Terima kasih kerana menghubungi saya... nombor 26 begitu istimewa bagi saya," kata Terry, menjawab permohonan Koulibaly.

"Bagi saya, tiada masalah jika anda menyarung jersi nombor itu... tiada masalah langsung.'

Koulibaly beraksi buat kali pertama menyarung jersi Chelsea nombor 26 pada 24 Julai.

Chelsea tewas 0-4 di tangan Arsenal dalam perlawanan persahabatan itu. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3