Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

City kembali dahului liga

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City kembali ke persada liga dengan kelebihan tiga mata dan melanjutkan rekod kemenangannya kepada 13 perlawanan setelah menang dengan selesa di Burnley.



Pasukan pimpinan Pep Guardiola itu telah melihat seteru mereka, Manchester United, menewaskan Southampton 9-0 Selasa lalu, dan tahu mereka perlu tiga mata untuk kembali mendahului Liga Perdana.



Perlawanan bermula dengan City dihadiahkan gol pembukaan seawal minit ketiga apabila penjaga gawang Burnley, Nick Pope, memuntahkan percubaan Bernardo Silva ke kepala penyerang City, Gabriel Jesus, yang tidak mensia-siakan peluang dari jarak dekat.



City terus mengawal rentak perlawanan dan menggandakan jaringan mereka sebelum masa rehat, setelah hantaran Ilkay Gundogan disempurnakan Raheem Sterling - sekali lagi dari jarak dekat.



Pemain City, Riyad Mahrez, kemudian berjaya menewaskan Pope, namun gol beliau dibatalkan setelah beliau didapati dalam kedudukan 'offside'.



Burnley pula hanya berjaya melakukan dua percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.



Pasukan pimpinan Sean Dyche itu kini berada di tangga ke-16 namun mempunyai jurang lapan mata di luar zon relegasi.



Mengulas perlawanan itu, Dyche berkata:



"Manchester City bermain dengan baik malam ini. Malah, mereka kini sedang menunjukkan 'form' yang baik, dan begitu tajam dari segi pergerakan dan peralihan dari pertahanan ke serangan. Kami bermain dengan baik secara umumnya, tapi mereka jauh lebih baik dari kami."



Mengulas mengenai masalah kecederaan yang dihadapi oleh City, Dyche berkata:



"Saya tidak rasa ia mempunyai kesan. Mereka mempunyai begitu banyak pemain yang baik, ada dua malah tiga pemain untuk mengisis satu posisi."



Pengurus City, Pep Guardiola pula berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.



"Kami gagal mendapatkan gol ketiga yang menjadi matlamat kami. Kami bermain dengan baik untuk 15 minit pertama dalam separuh masa kedua tetapi gagal menjaringkan gol.



"Dalam 15 minit terakhir, kami bermain tanpa haluan. Tapi secara keseluruhan saya gembira dengan tahap persembahan," ujarnya. - AFP.




KRISIS KECEDERAAN TIDAK JEJAS CITY 



"Saya tidak rasa ia mempunyai kesan. Mereka mempunyai begitu banyak pemain yang baik, ada dua malah tiga pemain untuk mengisis satu posisi."
- Sean Dyche, pengurus Burnely mengulas mengenai masalah kecederaan yang dihadapi oleh City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >