Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Krisis Russia-Ukraine: Uefa dijangka pindah lokasi final

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) hampir pasti akan memindahkan final Liga Juara-Juara Eropah dari St Petersburg di Russia ke lokasi lain, di tengah-tengah krisis Russia-Ukraine yang dikhuatiri menjadi konflik bersenjata.



Bercakap kepada BBC, Uefa berkata ia sedang memantau keadaan secara teliti dan akan membuat keputusan yang sewajarnya.



Namun, pemerhati bola sepak dan juruanalisis politik berkata Uefa dijangka tidak akan meneruskan rancangan mengadakan final Liga Juara-Juara di Russia.



Malah, Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, bercakap di Dewan Rakyat kelmarin berkata 'tiada peluang' mengadakan pertandingan bola sepak di negara yang menyerang kedaulatan negara lain.



Uefa difahami sedang mencari lokasi baru untuk menjadi hos final Liga Juara-Juara musim ini yang dijadual pada 28 Mei nanti.



Dua final terakhir telah diadakan di Portugal disebabkan isu berhubung pandemik Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >