Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Krystsina selamat dalam jagaan polis Jepun selepas dipaksa pulang

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Seorang pelari pecut Belarus mengatakan kelmarin bahawa beliau kini berada di bawah perlindungan polis Jepun selepas jawatankuasa Olimpik negaranya cuba dan gagal mengusir beliau secara paksa, menyusuli kritikannya terhadap jurulatih beliau yang mendaftarnya untuk acara yang salah.



Pelari pecut tersebut, Krystsina Tsimanouskaya, mengumumkan malam kelmarin di Instagram bahawa beliau telah mendapatkan perlindungan di Jepun kerana beliau rasa takut mengenai keselamatannya di Belarus, di mana pemimpin kuat negara itu, Alexander Lukashenko yang memiliki kuasa selama 27 tahun, meminta untuk menyekat sebarang pertentangan pendapat.



"Saya takut bahawa di Belarus, mereka akan masukkan saya dalam penjara," kata Tsimanouskaya kepada portal berita bebas Belarus Zerkalo.io.



"Saya tidak takut sekiranya saya akan dipecat atau dibuang daripada pasukan nasional, saya bimbang tentang keselamatan saya. Dan saya fikir bahawa buat masa ini, ia tidak selamat untuk saya berada di Belarus," katanya.



Jawatankuasa Olimpik Nasional Belarus, yang dikendalikan anak sulung Lukashenko, Victor Lukashenko, berkata kelmarin bahawa ia telah menarik balik penyertaan Tsimanouskaya di Sukan Olimpik disebabkan "keadaan emosi dan psikologinya" setelah berunding dengan doktor.



Tsimanouskaya menyangkal dirinya diperiksa oleh mana-mana doktor dan berkata beliau berada dalam kesihatan fizikal dan psikologi yang baik. Beliau berkata beliau telah secara paksa dibuang daripada pasukan negara sebab "saya menyuarakan kecuaian jurulatih kita di Instagram".



Dalam video yang dirakam di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, beliau meminta sokongan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).



Dalam satu kenyataan, IOC berkata bahawa ia sudah berhubung langsung dengan Tsimanouskaya. Beliau berada di Lapangan Terbang Haneda, kata IOC, dan ditemani seorang anggota Tokyo 2020.



"Dia beritahu kami bahawa dia rasa selamat," kata kenyataan itu.



Tsimanouskaya, 24 tahun, dijangka bertanding dalam lari pecut 200 meter di Sukan Olimpik.



Namun, beliau berkata beliau diberitahu untuk bersaing dalam perlumbaan berganti-ganti 4x400 meter sebab beberapa ahli pasukan tidak menjalani ujian antidoping yang mencukupi untuk melayakkan diri dalam acara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >