Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Piala AFF Suzuki: Kumpulan penyokong mahu boikot stadium, bantah larangan bawa masuk alat muzik, harga tiket 'mahal'

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN penyokong bola sepak Singapura, SingaBrigade berkata mereka secara sekumpulan tidak akan menghadiri perlawanan Piala Suzuki AFF 2020, yang bakal berlangsung di sini mulai Ahad ini hingga 1 Januari tahun depan, memberi sebab alat muzik yang tidak dibenarkan masuk ke stadium dan harga tiket yang mahal.



Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebook mereka kelmarin, kumpulan penyokong itu berkata:



"Ia dengan rasa kesal dan dukacita untuk memaklumkan kepada anda bahawa SingaBrigade sebagai sekumpulan tidak akan turun menghadiri Piala Suzuki AFF mendatang, yang mana Singapura menjadi tuan rumah."



SingaBrigade menambah bahawa keputusan yang diambil itu bukanlah mudah.



"Kami tidak mengundur diri daripada bola sepak Singapura tetapi ingin menyampaikan mesej kepada mereka supaya tidak mengambil mudah peminat bola sepak," jelasnya.



Kumpulan itu tidak mengenal pasti sasaran dalam mesej mereka, sebaliknya hanya menyatakan "pihak berkaitan".



Difahamkan mesej itu tidak ditujukan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang menurut kumpulan itu telah "memberikan sokongan dan bantuan selama sebulan lalu".



Berita Harian (BH) telah menghubungi SingaBrigade namun kumpulan itu enggan memberi komen lanjut.



FAS, dalam kenyataannya pada Sabtu lalu, berkata alat muzik tidak dibenar dibawa masuk ke dalam stadium, mengikut garis panduan yang ditetapkan.



Beberapa pemain negara, termasuk Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi juga telah menulis di media sosial masing-masing untuk menyokong keputusan SingaBrigade itu.



Sementara itu, sepanduk dan bendera yang tidak melanggar keselamatan dan/atau langkah kawal selia mungkin dibenarkan masuk, tertakluk kepada kelulusan di pintu masuk.



Sehingga akhbar ini dicetak, FAS belum memberi respons kepada pertanyaan BH mengenai perkara ini.



Perlawanan bagi Piala Suzuki AFF 2020 akan diadakan di dua lokasi, Stadium Negara dan Stadium Bishan.



Difahamkan had penonton seramai 10,000 dan 1,000 orang masing-masing ditetapkan di Stadium Negara dan Stadium Bishan, dengan penonton hadir perlu divaksin sepenuhnya dan mematuhi jarak selamat.



Tiket bagi perlawanan pusingan kumpulan sudah mula dijual sejak kelmarin kepada penyokong Singapura, manakala penyokong umum boleh membeli tiket mulai esok.



Harga tiket berharga $25 ( dewasa) dan $15 (kanak-kanak).



Singapura, pemenang empat kali Piala Suzuki AFF, akan memulakan kempen mereka dalam Kumpulan A Ahad ini menentang Myanmar di Stadium Negara.



*Artikel asal mengandungi kesilapan, yang menyatakan penyokong  menggunakan gendang semasa menyaksikan perlawanan  Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun AFC di Stadium Jalan Besar pada Oktober lalu. Tiada gendang atau alat muzik lain dibenar dibawa masuk ke stadium, selaras dengan garis panduan keselamatan Covid-19 yang ditetapkan.  Kami mohon maaf atas kesilapan itu. 



 




SKUAD SINGAPURA BAGI PIALA AFF SUZUKI



Penjaga gol: Hassan Sunny (Lion City Sailors), Izwan Mahbud (Hougang United), Syazwan Buhari (Tampines Rovers) & Zharfan Rohaizad (Tanjong Pagar United)



Pertahanan: Amirul Adli, Nur Adam Abdullah, Tajeli Salamat (Sailors), Iqram Rifqi (Geylang International), Irfan Fandi (BG Pathum United), Nazrul Nazari (Hougang), Safuwan Baharudin (Selangor FC), Shakir Hamzah (Tanjong Pagar) & Zulqarnaen Suzliman (Young Lions)



Midfield: Adam Swandi, Hariss Harun, Saifullah Akbar, Shahdan Sulaiman, Song Uiyoung (Sailors), M. Anumanthan (Kedah FC), Hami Syahin (Young Lions) & Zulfahmi Arifin (Sukhothai FC)



Penyerang: Faris Ramli, Hafiz Nor, Gabriel Quak (Sailors), Amy Recha (Geylang), Shawal Anuar (Hougang), Ilhan Fandi (Young Lions) & Ikhsan Fandi (FK Jerv)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >