Sejak kecil, Nur Sabrina Suhaimi telah menunjukkan ketabahan luar biasa dalam menghadapi dugaan.

Pada usia hanya lapan tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Charcot-Marie-Tooth (CMT), sejenis penyakit genetik progresif yang mempengaruhi sistem saraf.