Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

La Liga kemuka aduan PSG, Man City langgar aturan kewangan adil

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



MADRID: La Liga Sepanyol telah meningkatkan 'serangannya' ke atas Manchester City dan Paris St-Germain (PSG) dengan memfailkan aduan kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) dengan mendakwa kededua kelab itu melanggar Peraturan Kewangan Adil atau Financial Fair Play (FFP).



Presiden La Liga, Javier Tebas, yang telah berulang kali menentang City dan PSG menyifatkan kededua kelab itu sebagai kelab bola sepak yang dibiayai peringkat negara yang mempunyai kemewahan melebihi kelab-kelab lain.



Mei lalu, beliau juga mengecam PSG selepas kelab itu memperbaharui kontrak lumayan dengan pemain bertaraf bintangnya, Kylian Mbappe.



Sejak itu, City juga telah melengkapkan pembelian Erling Haaland dari Borussia Dortmund yang dilaporkan bernilai £51.2 juta ($86.3 juta).



Difahami kelab terkemuka La Liga, Real Madrid, turut berminat mendapatkan tandatangan kededua pemain itu.



"Mengikut pemahaman La Liga, kededua kelab itu mengamalkan pendanaan tidak teratur, sama ada melalui suntikan wang langsung kepada kelab atau melalui tajaan dan kontrak lain... yang tidak sesuai dengan keadaan pasaran.



"La Liga menganggap bahawa amalan ini mengubah ekosistem dan kemampanan bola sepak, membahayakan semua kelab dan liga-liga di Eropah, dan hanya berfungsi untuk mewujudkan pasaran buatan dengan harga pemain yang meningkat secara keterlaluan... kesemuanya dilakukan dengan menggunakan wang yang tidak dijana melalui bola sepak," kata La Liga dalam kenyataannya.



Aduan terhadap PSG dibuat minggu lalu manakala aduan terhadap City dibuat pada April. Namun, La Liga berkata ia berhak untuk melanjutkan aduan itu.



Kedua-dua City dan PSG telah bersungguh-sungguh membela diri masing-masing terhadap dakwaan yang dikemukakan Tebas sebelum ini.



Pada Julai 2020, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membatalkan larangan Liga Juara-Juara selama dua tahun yang dikenakan ke atas City oleh Uefa kerana didapati bersalah melanggar FFP.



April lalu, Uefa meluluskan peraturan kewangan baru. Ini termasuk menggandakan jumlah kerugian kelab yang dibolehkan dalam tempoh tiga tahun daripada 30 juta euro kepada 60 juta euro ($86.96 juta).



Beberapa kelab juga dibenarkan menanggung kerugian tambahan 10 juta euro ($14.49 juta) jika mereka memenuhi beberapa syarat tertentu.



Bulan lalu, Tebas berkata La Liga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PSG selepas Mbappe menolak perpindahan ke Real Madrid.



Bintang antarabangsa Perancis itu sebaliknya menyambung kontraknya dengan PSG sehingga 2025. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >