Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lagi kilauan emas dari atlet lawan pedang S’pura

May 16, 2023 | 07:26 PM



Skuad lawan pedang Singapura meneruskan keunggulan mereka dalam Sukan SEA Kemboja dengan mengutip sebutir lagi pingat emas pada hari terakhir temasya sukan itu pada Selasa.

Dengan ini, pingat emas yang diraih atlet lawan pedang Singapura berjumlah tujuh – melebihi enam emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Pingat emas terakhir itu dimenangi melalui acara Epee berpasukan wanita apabila Elle Koh, Kiria Tikanah Abdul Rahman, Filzah Hidayah Nor Anuar dan Rebecca Ong menewaskan psaukan Filipina 45-37 di Peringkat akhir Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Ini bermakna mereka mengekalkan mahkota yang dimenangi Singapura di Vietnam.

Kiria berkata selepas acara pemberian pingat: “Kami memasuki acara ini dengan matlamat mengekalkan kejuaraan.

“Kami melalui permulaan yang kurang memuaskan, khususnya dalam perlawanan akhir tetapi kami tidak membiarkan jurang mata melebar.”

Kemenangan tersebut lebih manis bagi Filzah memandangkan ini penampilan sulung beliau dalam Sukan SEA.

Filzah berkata beliau mengambil pengalaman Sukan SEA ini sebagai langkah pembelajaran dan pendedahan kepada pelbagai gaya lawan pedang.

“Lumrahnya apabila saya buat (latihan atau pertandingan) lawan pedang, ia biasanya di Eropah jadi gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan gaya lawan pedang di Asia Tenggara.

“Oleh itu, saya dapat mempelajari cara lawan pedang yang berbeza menggunakan taktik berlainan.”

Filzah menambah bahawa ada beberapa detik beliau agak khuatir kerana tidak biasa dengan gaya lawan pedang sedemikian.

Oleh itu, beliau perlu menyesuaikan gayanya pada temasya sukan ini. 

Sementara itu, skuad Foil berpasukan lelaki Vietnam merampas takhta kejuaraan acara itu daripada tangan Singapura selepas menang 45-37 pada peringkat akhir. 

Skuad Singapura, yang dianggotai Samuel Elijah Robson, Lionel Wee, Max Neo dan Zephaniah Ian Kiew, memberi tentangan hebat kepada lawan meeeka tetapi tidak dapat mengekalkan rentak pada penghujung perlawanan.

Lantaran itu, Singapura gagal mencapai kemenangan keempat berturut-turut dalam acara itu, setelah menjuarainya tiga kali berturut-turut pada 2015, 2019 dan 2022.

Edisi 2017 di Kuala Lumpur tidak menampilkan acara berpasukan bagi lawan pedang.

Awal dari itu dalam peringkat separuh akhir, skuad Foil berpasukan lelaki bertungkus lumus untuk mengatasi Filipina 45-38.

Merumuskan prestasi pasukan lawan pedang Singapura, pengarah teknikal Marko Milic berkata:

“Penilaian keseluruhan (bagi pasukan lawan pedang) menunjukkan bahawa pasukan negara mempunyai ramai bakat berpotensi.

“Sukan SEA kali ini menampilkan 11 peserta yang membuat penyertaan sulung – dua daripada mereka menang emas. Oleh itu, ini adalah satu keputusan yang sangat menggalakkan bagi kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >