Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Lain dulu lain sekarang, Rangnick hadapi cabaran berbeza di Old Trafford

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



BAGI seorang yang kecemerlangan bola sepaknya terserlah hampir 40 tahun lalu dan terus yakin kepada corak permainannya, Ralf Rangnick masih mengekalkan semangat berinovasi dan keinginan memodenkan setiap kelab yang dikendalikannya.



Sejak Rangnick dinamakan sebagai bos sementara Manchester United, ada kisah yang tersebar mengenai perlawanan yang mencorak gaya permainannya. Ia bermula apabila beliau beraksi sebagai pemain tengah pasukan Jerman divisyen keenam, Viktoria Backnang, dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Ukraine, Dynamo Kiev, di bawah kepimpinan jurulatih Valeriy Lobanovsky pada Februari 1983.



Beberapa minit selepas permainan, Rangnick terpaksa berhenti dan menghitung bilangan pemain lawan. Beliau yakin mereka menurunkan lebih daripada 11 pemain di padang kerana cara Dynamo cuba menguasai bola memberi tekanan hebat kepada lawan.



"Kami nampak kepintaran luar biasa (permainan)," kata Ragnick yang menyifatkan perlawanan itu mencorakkan gaya bola sepak intensiti tinggi yang dikaitkan dengan beliau yang digelar 'Godfather of Gegenpressing'.



Beberapa prinsip yang dipelajari pengurus Jerman itu daripada pasukan Lobanovsky - dan pasukan AC Milan yang dikendalikan Arrigo Sacchi pada 1987 hingga 1991- telah pun diterapkan dalam latihan Manchester United di Carrington.



Mereka yang pernah bertugas dengan Rangnick menggambarkan beliau 'seorang pereka' (mastermind) dalam membina kelab. Seorang yang memberi perhatian secara terperinci kepada setiap perkara mendorong pemain ke tahap terbaik mereka - tetapi ia juga boleh meletihkan dan membuat sesetengah pemain ke had maksimum mereka.



"Pemain perlu patuh. Saya perlu masuk ke dalam hati mereka, otak mereka, darah mereka, apa sahaja," kata bos sementara United itu.



Ragnick dikatakan seorang yang mencabar status quo dan melaksanakan strukturnya sendiri secepat mungkin. Beliau boleh menjadi tidak sabar dan keterlaluan - serta tanpa belas dengan sesiapa sahaja yang ketinggalan.



Beliau ghairah untuk berjaya dan tahu cara mencipta persekitaran berprestasi tinggi untuk mendapatkannya. Walaupun beliau tidak mungkin mengawal cara "makan dan tidur" Cristiano Ronaldo, seperti yang disebut satu sumber, beliau dengan cepat cuba meyakinkan pemain bintang itu tentang cara permainannya.



Kejayaannya merangkul trofi walaupun mengecewakan - satu Piala Jerman bersama Schalke sedekad lalu - tetapi kemahiran sebenar beliau adalah dalam membangunkan persekitaran. Itulah misinya di United, sebuah kelab yang nampaknya bergelut untuk mendapatkan hala tuju yang jelas sejak pemergian Sir Alex Ferguson pada 2013.



Bagi Rangnick ia adalah cabaran yang biasa tetapi keadaannya agak berbeza dengan apa yang beliau alami sebelum ini.



Sentuhan Ragnick mencetuskan transformasi di kelab Ulm, Hoffenheim dan RB Leipzig di mana beliau membawa kelab-kelab yang berada di liga bawahan itu menjadi kelab Bundesliga.



Keadaan di Old Trafford pula berbeza. Meskipun begitu, perubahan di Manchester United sudah pun berlaku.



Biasanya, di padang latihan, pada awalnya Rangnick sering mengambil pendekatan secara langsung sebelum mewakilkan kepada kakitangannya. Sebelum ini, beliau telah menggunakan pasukan pakar untuk menangani setiap aspek latihan.



Rangnick juga telah memulakan pendekatan seperti itu di United, melantik bekas jurulatih nasional Amerika Syarikat dan New York Red Bulls, Chris Armas, sebagai pembantunya dan menambah seorang lagi bekas rakan sekerja di Schalke dan Leipzig, psikologi sukan Sascha Lense. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >