Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Laluan England ke Final mula terbentang

Italy, Belgium antara perlawanan paling menarik dalam pusingan suku akhir Sabtu dan Ahad ini
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England tidak akan memperolehi peluang lebih baik untuk memenangi Kejohanan Eropah (Euro) seperti yang dimilikinya pada masa ini, kata bekas kapten Alan Shearer selepas semua perlawanan suku akhir ditentukan semalam.



England menyertai kumpulan pasukan yang telah melayakkan diri ke suku akhir Euro 2020 - selepas ia mengakhiri kemarau 55 tahun menang di pusingan kalah mati pertandingan utama - dengan menewaskan musuh tradisi Jerman 2-0 di Wembley.



Di suku akhir hujung minggu ini, anak didik Gareth Southgate akan berdepan dengan Ukraine - yang menundukkan Sweden 2-1 semalam - dan jika ia menang, Republic Czech atau Denmark menanti di separuh akhir.



England, di tangga keempat di ranking dunia, juga adalah pasukan yang menduduki ranking tertinggi antara pasukan-pasukan itu. Denmark berada di tangga ke-10 ranking dunia, sementara Ukraine menduduki tangga ke-24.



Dengan sebahagian pasukan yang dianggap pesaing utama seperti Belanda, Portugal, Perancis, dan kini Jerman tersingir, England kini dianggap antara pilihan utama untuk menjulang trofi, atau untuk sekurang-kurangnya ke final, kata Shearer.



"Laluan kami untuk ke final tidak boleh menjadi lebih mudah daripada apa yang kami perolehi pada masa ini, terutama sekali selepas cara kami menewaskan Jerman semalam," ujar beliau.



"Mungkin perlawanan seterusnya di Rome, tetapi perlawanan yang lain adalah di Wembley dan bagi saya, itu adalah kelebihan yang paling baik bagi kami."



Bekas pemain England dan Manchester United Rio Ferdinand juga bersependapat.



"Tiada pasukan yang masih ada dalam perlawanan digeruni England," kata beliau.



"Jangan salah anggap... mereka semua akan memberikan saingan hebat, tetapi England akan berasa yakin menang setiap kali menjejakkan kaki ke padang."



LALUAN ENGLAND KE FINAL:



UKRAINE



Pasukan ini melangkah ke suku akhir pertama dalam kejohanan utama sejak 2006, selepas ia menjaringkan gol dalam masa kecederaan semasa menentang Sweden.



Ini bemakna Andriy Shevchenko, yang pernah beraksi di England dengan Chelsea, akan memimpin pasukannya untuk bertemu England bagi merebut tempat di separuh akhir.



Ukraine hanya pernah menewaskan England sekali dalam tujuh perlawanan - keputusan 1-0 dalam kelayakan Piala Dunia pada 2009.



Di Euro 2012, Ukraine tewas 0-1 kepada England, dengan Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan bagi England.



REPUBLIK CZECH



Pasukan ini mencatat antara kejutan terbesar dalam kejohanan kali ini, menewaskan Belanda 2-0 untuk mara ke suku akhir.



Ia kini berdepan dengan Denmark di suku akhir, pasukan yang mereka tewaskan 3-0 dalam pusingan sama pada Euro 2004.



Jika ia menang perlawanan itu, ia akan berdepan dengan England dalam separuh akhir di Wembley.



Ia pernah menang dalam separuh akhir di sana, menewaskan Perancis melalui tendangan penalti pada 1996, sebelum tewas kepada Jerman di final.



DENMARK



Denmark tidak dijangka dapat mara sejauh ini pada tahun ini, tetapi insiden malang di mana pemain azimat Cristian Eriksen mengalami serangan jantung dan rebah di pada dalam perlawanan pertama bak telah memberikan rangsangan tambahan kepada rakan sepasukannya untuk memenangi perlawanan.



Pemenang Euro 1992 itu telah bangkit sejak insiden itu untuk menjadi lebih kuat, termasuk membelasah Wales 4-0 di pusingan sebelumnya.



Jika ia menewaskan Republik Czech di suku akhir, Denmark akan melangkah ke separuh akhir dengan penuh keyakinan diri, berbekal rekod satu kemenangan dan satu seri ke atas England dalam Liga Negara-Negara pada tahun lalu.



LAWAN ENGLAND JIKA KE FINAL



England boleh berdepan dengan tiga pasukan yang disenarai sebagai antara pasukan terbaik di dunia.



Belgium, pasukan nombor satu dunia boleh menanti di final. Begitu juga lawannya di suku akhir, Italy yang menduduki tangga keenam di ranking dunia.



Di atas kertas, Sepanyol dijangka memenangi perlawanan suku akhir dengan Switzerland dan mara ke separuh akhir dengan mudah.



Namun, kejohanan di tengah-tengah pandemik ini telah menunjukkan tiada keputusan yang pasti.



Switzerland, di ranking ke-13 di dunia, mampu bersaing dengan pasukan terkuat di dunia dan dalam bentuk pemain seperti Sherdan Shaqiri dan Granit Xhaka mempunyai pemain yang mampu menewaskan lawan dengan satu sentuhan.



Kekuatan Switzerland ini tidak boleh diremehkan, selepas ia menewaskan Perancis untuk mara ke suku akhir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >