Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA ASIA BAWAH 23 TAHUN

Laluan kian sukar bagi skuad muda Singa

Perlukan keputusan baik ke atas Filipina dan juara bertahan Korea Selatan susuli keputusan hambar seri dengan Timor Leste dalam perlawanan pembukaan
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



HARAPAN masih ada dan Singapura masih mampu melayakkan diri ke Piala Asia bawah 23 tahun AFC di Uzbekistan tahun depan, kata pemain Singa Muda, Jordan Emaviwe.



Ini meskipun skuad muda Singa disekat 2-2 oleh Timor Leste dalam perlawanan pembuka tirai kelayakan kumpulan di Stadium Jalan Besar kelmarin.



Ketinggalan 1-2 sehingga minit terakhir perlawanan, Emaviwe, yang beraksi di posisi bek tengah, menyelamatkan pasukannya apabila menjaringkan gol penyamaan dan memastikan perlawanan berkesudahan seri.



"Kami ingin menang. Saya tidak fikir kami sertai kejohanan ini dan tidak mahu menang. Kami ingin mara ke pusingan seterusnya," kata Emaviwe, 20 tahun.



"Tapi, kami tidak akan letak tekanan yang tidak wajar pada diri sendiri. Kami hanya harus fokus pada apa yang jurulatih mahu kami lakukan, yakin pada rancangan mereka dan kami boleh dapat keputusan yang kami mahu."



Perlawanan bermula dengan baik bagi Singapura, yang membuka tirai jaringan hasil rembatan dalam petak penalti oleh Glenn Kweh pada minit ke-34, selepas Timor Leste gagal merampas bola yang dilambungkan ke petak penalti hasil hantaran sudut Joel Chew.



Gol itu bak membuka laluan bagi Paulo Gali, yang dibayangi kontroversi menipu usia untuk beraksi dalam pertandingan ini, untuk menjaringkan gol kedua pasukannya selepas rakan sepasukan Elias Mesquita menyamakan kedudukan.



Kontroversi terus menghantui Gali apabila beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil kelakuan kurang profesional selepas meraikan golnya dengan menunjukkan penumbuknya kepada sebahagian penyokong pasukan tuan rumah, yang telah mengejeknya sepanjang perlawanan.



Namun, walaupun mempunyai kelebihan seorang pemain pada babak kedua, anak didik Nazri Nazir kurang taring di depan gawang dan hanya mampu menemui sasaran sekali di hujung perlawanan.



Jaringan Emaviwe memberikan mata penting bagi pasukan Singa Muda, yang kini berkongsi tempat kedua dalam Kumpulan H, sama mata dengan Timor Leste.



Singapura namun berdepan tugas sukar untuk mengumpul lebih banyak mata untuk melayakkan diri ke Uzbekistan dengan peringkat kumpulan berbaki dua perlawanan.



Ia bertemu Filipina esok, sebelum mengakhiri kempen dalam pertemuan dengan juara bertahan Korea Selatan pada Ahad nanti.



Kelmarin, Korea menang selesa 3-0 ke atas Filipina, dan kini mendahului kumpulan.



Hanya juara kumpulan dan empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan kelayakan akan mara ke pusingan akhir yang akan dianjurkan Uzbekistan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >